Qawluhu al-Haqq
Surat daripada kita Yang Dipertuan Besar di negeri Kedah Darul Aman mari sampai kepada anak kita Laik Kapitan Dewa Raja
ahwal mika meninggal kita di dalam kebajikan pergi ke bandar Salang maka dengan xxx mika tinggal Miter Mongton akan ganti mika semata perbuatannya akan kita sematanya kejahatan dan kerugian atas kita suatu pun tiada daripadanya kebajikan dari kerana kita malu akan surat daripada Gurnador Madras dan malu akan mika maka sekalian perbuatannya tiada kita ambil tahu demikianlah adanya tiadalah kita nyatakan fasalnya apabila selamat mike mari mengadap kita masa itulah boleh nyata segala kelakuannya itu syahadan maka keadaan anak kita di dalam Salang tiada kita boleh khabar hendaklah mika perbuat surat daripada awal sampai pada akhirnya nyata mari kepada kita boleh kita dengar khabar kebajikan daripada anak kita sebermula banyak penyuruh kita Syaudagar Nakhoda Miraninya dan Faqir Lebai dan bawa kecil bawa arta dagangan daripada kita lama sangat tiada pulang maka itulah kita lengkapi Temenggung Raja Setia sebuah sampan dapatkan anak kita pinta tolong kerasi sekalian syaudagar serta sekalian artanya masing2 muat perahu suruh mari mengadap kita dengan segeranya boleh kita suruh ulang pergi berniaga ke bandar Salang boleh anak kita tolong sekalian mereka itu daripada segala sakit sukarnya menyampaikan kita dengan kebajikan seperti perintah anak kita selama2 itulah kita nyatakan segala khabar daripada kita nyatalah pada Temenggung itu boleh anak kita bertanya padanya perbuat surat pada sanah 1186 tahun2 Dal Awal pada empat likur bulan Zulhijah pada hari Arba’ tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment