Sunday, March 29, 2020

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light (MS 40320/8, folio 24) berkaitan arahan Siam menyuruh membantu Salang (Jumaat, 25 Muharam)

Qawluhu al-Haqq

Surat tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador 


ahwal adalah khabar Awak itu kata sudah melanggar benua Siam sampai ke Perangkan(?) maka datang surat Raja Benua Siam akan beta suruh beta bantu Salang kerana angkatan dari sebelah laut pun banyak hendak mari langgar Salang itu maka inilah beta panggil sahabat beta hendak muafakat apa baik perintah kita pada kehendak Raja Benua Siam itu dan Awak hendak melanggar Salang itu kalau2 datang sampai kejahatannya ke negeri kita sebagaimana bicara kita itulah beta hendak muafakat kerjakan maka itulah saudara beta Laksamana beta suruh pergi panggil sahabat beta maka hendaklah sahabat beta mari dengan segeranya bersama2 dengan Laksamana itulah dinyatakan perbuat surat hari Jumaat lima likur haribulan Muharam tamat

No comments:

Post a Comment