Tuesday, March 24, 2020

Surat Sultan Muhammad Jiwa kepada Francis Light (MS 40320/8, folio 14) berkaitan masalah perdagangan (27 Syaaban)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang daripada Yang Dipertuan Besar kepada Laik Kapitan Dewa Raja 


bahawa akan orang putih Inggeris mika sambut dari Madras bawa mari taruh pada kami Mongtan itu beri perbuat huru hara akan kami maka segala ambilan kami sendiri pada Mongtan itu sudah kami bayar selesai maka dikeluarkan Mongtan daftar mika beri piutang pada segala orang baik dan jahat tiada berketahuan duduknya dikehendakinya segala emas itu pada kami dengan kekerasannya maka sudah kami suruh kira2 segala ambilan mika pada kami tolak bayar akan Mongtan jumlah tujuh belas ribu lima puluh emas diterima Mongtan sudah kami bayar sudah selesai hutang mika taburkan pada segala orang itu maka laba perniagaan mika syarikat dengan kami mika kerjakan itupun tiada mau Mongtan lawan berkira2 laba opiun dan timah dan lada pinang beras hingga modal sahaja dikehendakinya sudah kami bayar maka segala emas kami bayar ini kami kehendaki di atas mika lah serta dengan laba perniagaan itu maka hendaklah mika bicara lepaskan diri mika mari segera kira2 bayar emas kami itu jika tiada mika mari kami perbuat surat adukan pada kompeni di Madras perintah mika dengan Mongtan buat huru hara jadi rugi emas kami seperti tersebut ini dan banyak perkara lagi rugi kami diperbuat Mongtan itu maka Mongtan itupun di dalam bersiap bermuat hendak berlayar pulang ke Madras perbuat surat pada tujuh likur bulan Sa’ban tamat 

No comments:

Post a Comment