Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil lagi bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana
kemudian dari itu adalah surat Raja Selangor beri mari pada beta tersebut dalam suratnya kehendak raja2 serta temannya yang mari dari Bernam itu maka orang itu bukan hamba dan bukan tuannya tentulah tiada dengan sebenar katanya itu sahaja hendak cari jalan mekhalif lagi bukan adat daripada Raja Melayu dari dahulu2 pun perintah itu maka tiadalah beta beri orang Bernam itu melainkan seteru beta sebelah laut itu seterulah pada Jenderal maka sahabat beta itu wakil Jenderal sahabat beta siapkanlah daripada ubat peluru dan senjata apakala mari orang Selangor itu hendak perbuat aniaya atas negeri beta ini maka sahabat beta lawanlah berperang maka itulah surat Raja Selangor beta suruh salin diberi pergi pada sahabat beta bersama surat beta ini bolehlah sahabat beta ketahui kehendaknya itu perbuat surat hari Selasa empat likur bulan Rabiul Akhir tamat
No comments:
Post a Comment