Monday, March 23, 2020

Surat Seri Johan Pahlawan kepada Francis Light (MS 40320/8, folio 10) berkaitan pembayaran sutera

Surat tulus ikhlas serta kasih sayang daripada beta Seri Johan Pahlawan sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


ahwal akan janji beta dengan sahabat beta itu hendak pergi bayar harga sutera yang beta ambil itu perjanji beta dengan sahabat beta hendak pergi dalam sebulan dua ini maka sekarang ini jadi tiga empat bulan sudah lamanya maka jadilah sahabat beta tiada percaya akan beta lagi dengan sebab gendala dengan kerana dititahkan duli baginda suruh buat rumah di sungai Lampung hendak lari dari kenumbuh serta menebas hutan maka sudah beta pohonkan pada baginda hendak pergi maka tiada jadi benar hendak disuruh fasadah akan dahulu dengan segeranya kerana penyakit pun sudah dekat sangat maka itulah beta takrifkan tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment