Qawluhu al-Haqq
Perhamba paduka Seri Wangsa dan Hakim Seri Maharaja Khan Khan layangkan sekeping kertas ini pinta sampaikan Orang Kaya Laik Kapitan Dewa Raja dan Orang Kaya Cik Siti Sabariah Cahaya Alam yang bijaksana lagi dengan kebesaran beroleh senang senia tentusa pandai melakukan sifat lemah lembut menyampaikan barang sembahnya pada Shah Alam raja kerajaan dari karena itulah maka perhamba apa sekalian boleh mengerjakan barang suruh Orang Kaya kedua tiada dalamnya sesuatu gendala
syahadan akan perintah dakwa belanda penyuruh dari Madras seperti di dalam surat persembahan Datuk Laksamana telah sudah baginda Yang Maha Mulia maklum maka titah Yang Maha Mulia suruh nanti Nakhoda Saleh mari hendak periksa dan hendak himpun segala anak perahunya maka Kapitan itu tiada boleh nanti hendak ilir tambahan keraja itu Orang Kaya tanya pada Datuk2 Raja kita memakai hukum Allah Ta’ala dikehendak segera dan perin[t]ah Insya Allah boleh perhamba kira timbulkan perin[t]ah itu tetapi zaman kelaparan menyuruh teman itu maulah dengan belanja maka segera timbul boleh sekayu kain atau barang suatu di dalam daftar itu pada masa itu tiadalah periksa dihukumkan sahaja di atas yang berbuat aniaya itu sebermula jika ada permadani besar tengah kodi Orang Kaya beri mari serta Orang Kaya kedua beri mari beras seratus gantang hendak beri makan orang yang buat rumah Orang Kaya perhamba hendak beri tiada tempat hendak beli demikianlah adanya ahwal itulah perhamba nyatakan perbuat surat pada sanah 1185 pada tahun2 zai pada tujuh likur hari bulan Jamadil Akhir pada hari Isnin maka segala khabar nyatalah pada jurubahasa kidar boleh diperiksa tamat
No comments:
Post a Comment