Qultu
Surat kasih sayang yang tiada berputusan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Kapitan Laik Dewa Raja Gurnador yang amat bijaksana pada memerintahkan kerja Jenderal lagi sangat teguh setia bagi segala sahabat handai taulannya maka masyhur adanya perintah pada segala negeri timur dan barat lagi amat akil pada segala perniagaan
kemudian dari itu barang tahu sahabat beta maka akan sahabat beta pinta orang penyurat hendak jadikan jurutulis itu maka inilah Ibrahim serta Kapitan Khatib Lebai beta suruh hantar pergi pada sahabat beta tanda putih hati berkasih kasihan pinta sahabat terima ambil syahadan akan Kapitan Cina sahabat beta pinta dengan anak cucunya hendak bawa ke Pulau Pinang itu pun beta benarkan suruh pindah pergi kerana jika ada suatu kerja beta hendak suruh boleh beta suruh panggil mari dan akan sahabat beta pun apabila lega sedikit daripada buat tempat taruh anak cucu boleh senang maka pinta sahabat beta mari pada beta barang seketika hendak bertemu ada kerja sedikit hendak nyatakan pada sahabat beta sendiri lagi pun lama sudah tiada bertemu dengan sahabat beta ahwal itulah beta nyatakan perbuat surat hari Sabtu tamat
No comments:
Post a Comment