Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang tulus mesra daripada Syaudagar Raja mari sampai kepada sahabat beta Kapitan Uskut yang dalam pelihara Tuhan sarwa alam
kemudian dari itu barang tahu sahabat beta fasal hutang beta timah tiga belas bahara itu ditolong Tuhan alam sudah ada hadir pinta sahabat beta beri mari harapan terima ambil inilah beta menyatakan sebermula adalah kerani Raja nama Muhammad Naina iaitu adik Khatib Lebai lari pergi ke Pulau Pinang hendak pergi ke negeri Keling dalam kapal itupun pinta dengan penolong sahabat beta nyatakan kepada Tuan Gurnador jangan diberi berlayar ambil tubuhnya itu beri mari bersama dengan harapan sahabat beta itu inilah dinyatakan surat ini pada lima likur haribulan Jamadil Awal tamat
No comments:
Post a Comment