Sunday, March 29, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/8, folio 26) berkaitan penghantaran 5 koyan beras (29 Rejab, Khamis)

Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


maka adalah beras beta beri pergi kepada Cik Long Ismail lima koyan minta sahabat beta suruh terima ambil beras lima koyan itu bubuh daftar beri mari kepada beta maka beras yang lagi itu dalam beta suruh himpun barang terhimpun beta suruh hantar pergi tiada berputusan cukupkan seperti surat sahabat beta inilah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat ini sembilan likur haribulan Rejab hari Khamis tamat

No comments:

Post a Comment