Saturday, March 28, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40302/8, folio 23) berkaitan permintaan tanah Teluk Air Tawar (21 Jamadil Akhir, Sabtu)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

bahawa akan surat sahabat beta beri mari itu sampailah pada beta maka tersebut di dalam surat itu sahabat beta pinta tanah Teluk Air Tawar itu hendak suruh bela kerbau lembu pada tempat itu maka muafakat menteri pegawai kata tempat itu tiada baik kalau akhirnya jadi susah kerana panglima hulubalang rakyat beta hutan padang ini banyak jahat2 lagi tiada raba maka pendapat beta pun sesungguhnya dari dahulu pun sudah beta nyatakan pada sahabat beta kalau2 dengan perbuatan mereka itu jadi kecil hati sahabat beta akan beta maka pada fikir beta Pulau Pinang itu pun besar boleh sahabat beta suruh cerahkan buat tempat kerbau lembu lagi hampir dengan sahabat beta boleh lihat sehari2 baik jahatnya maka itulah beta nyatakan sahabat beta perbuat surat pada selikur haribulan Jamadil Akhir hari Sabtu tamat

No comments:

Post a Comment