Surat cit beta Raja Lela Muda maklumkan ke bawah qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang dipelihara Tuhan sheru alam sekalian wa ba’d
dari itu maka adalah surat Dato’ dibawa Saudagar Abdul Gharin setelah sampailah pada beta dengan purnanya maka tersebut dalamnya Dato’ minta senapang pada beta dengan ubat satu tong itu akan perintah itu bukannya pandai beta minta senapang dengan ubat itu dengan minta baginda sendiri dengan qadam Dato’ Laksamana suruh Dato’ beri pada beta dalam surat qadam Dato’ Laksamana hendak berkira2 kemudian Dato’ sendiri tiadalah berani beta memulangkan senapang itu kerana ambilan baginda beta ini hamba pada duki baginda disuruh ambil beta ambil disuruh pulangkan beta pulang mana perintah Dato’ dengan pengulu beta ahwal inilah beta maklumkan tamat
No comments:
Post a Comment