Surat Cit Senda Tenku Su merakat nyatakan saudara senda Nakhoda Cik Andam akan budak senda bernama cik Emi dua beranak itu
kata saudara senda sudah tentu lagi sudah saudara senda mengadu pada Dato’ Gurnador di Pulau Pinang pegang taruh maka budak itu budak lama daripada ayah senda lagi tiadalah sampai hati senda hendak berjual dia senda wakilkan saudara sendalah terima ambil bawa mari budak itu serta saudara senda pinta tolong pada orang bekerja di sana diperiksa orang yang berjualnya dihantar mari bersama2 dan jika datang belanja saudara senda belanjakanlah atas kadarnya dalam itupun jika tiada ia mau mari saudara senda bicaralah dijualkan budak itu mengikut nilai orang banyak hingga ikrar itulah pinta saudara senda hantar mari boleh senda hendak tuntut pulak pada orang berjual itu jangan senda rugi sahaja maka budak itu tentu budak senda dengan sebab tiada bersurat cap itu budak pusyaka daripada ayah senda sudah lama telah haraplah senda akan saudara senda tolong serta jadi wakil memerintahkan seperti tersebut dalam surat senda ini buat surat hari Ahad dulapan hari bulan Saaban tamat
Akan budak Cik Emi dua beranak itu tentu budak pusyaka daripada ayah Tenku Su itu hendaklah anakanda Nakhoda Cik Andam tolong ambil beri jangan teraniya Tenku itu sahaja tamat
No comments:
Post a Comment