Qawluhu al-Haqq
Surat tulus ikhlas daripada diperhamba Tuan Seri Maharaja Dewa sampai pada Tuan Gurnador Pulau Pinang
ahwal surat tuan beri mari suruh hamba tuan beli kapur barang empat lima puluh koyan maka sudah hamba tuan beli lebih kurang tiga puluh koyan bawa taruh di kuala kemudian datang pulak suruh tuan katakan jangan dibeli lagi kemudian pada itu secupak pun tiada hamba tuan beli kapur dahulu itulah ada tinggal lagi lebih kurang enam belas koyan itulah pinta tuan tolong suruh mari ambil kapur itu jangan binasa jika binasa rugi tuan juga ahwal itulah hamba tuan maklumkan perbuat surat ini pada sehari timbul bulan Ramadhan hari Jumaat tamat
No comments:
Post a Comment