Sunday, March 15, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS40320/8, folio 2) berkaitan permintaan perahu dan tentera Kedah dari Siam untuk membantu Salang dari serangan Burma (14 Ramadhan, Selasa)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang daripada beta datang pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


ahwal adalah pada bulan Saaban yang sudah ini sampai surat Cao Paya Kelahum dari benua Siam dan surat Legor pada beta menyatakan titah Raja Maha Besar suruh beta bersiap perahu tengah tiga ratus dan rakyat lima ribu dengan alat senjatanya suruh beta pergi tunggu negeri Salang hendak dilanggar Awak Burma serah dikehendaki beras lima ratus koyan disuruh beta bawa hantar ke Salang dengan segeranya juga maka di dalam beta hendak nyatakan khabar itu pada sahabat beta maka pada tiga belas haribulan Ramadhan ini datang pula khabar negeri Senggora dilanggar orang dari laut sudah alah rajanya pun sudah undur dari negeri maka inilah beta menyatakan tulus pada sahabat beta bertanya pendapat yang baik pada sahabat beta apa yang baiknya beta kerjakan dari kerana negeri Senggora ini pun negeri Raja Maha Besar lalu hampir dengan benua Siam apa pendapat pada sahabat beta pinta sahabat beta nyatakan mari pada beta boleh beta ketahui serta beta pinta tolong senapang pada sahabat beta barang tiga ribu serta dengan ubatnya pinta sahabat beta serah beri pada Saudagar Mirangkandu suruh ia bawa mari pada beta dengan segeranya boleh beta hendak jadikan senjata itulah beta nyatakan pergi surat empat belas haribulan Ramadhan hari Selasa tamat

No comments:

Post a Comment