Saturday, December 28, 2019

Salinan surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 73) berkaitan kedatngan kapal perang

Ahwal maka adalah patik beri surat pada Jenderal menyatakan khabar lanun mari ke Kurau 


marinya itu baik dan jahat belum tentu maka inilah baharu datang kapal kompeni serta membawa segala yang kekurangan di dalam Pulau Pinang serta orang besar jadi Panglima perang dengan kapal perang suruh pebela tunggu jaga jika lanun itu memulai buat huru hara barang sedikit warzi suruh penasakan jika ia lari disuruh turut penasakan dan kompeni Belanda pun sudah warzi pada Gurunador mula suruh turut lanun penasakan jika sampai ke negerinya sekalipun maka inilah patik berdatang sembah maklumkan kalau2 termasuk Yang Maha Mulia tercalit jadi besar kerja kalau2 bercerai Yang Maha Mulia dengan jenderal menjadi mekhalif jadi tiadalah berkesudahan berpanjang2 kejahatan tiadalah boleh ia diam apakala jadi demikian sia2lah nama patik kerana patik ini diambil paduka marhum pebela bagai anak serta paduka marhum serah Yang Maha Mulia dua bersaudara maka inilah patik sembahkan janganlah Yang Maha Mulia dengar segala khabar cakab orang yang tiada dipatut sebaik2 Yang Maha Mulia fikir muafakat dengan paduka adinda itu tunggu Raja Muda cahari jalan kebajikan antara Jenderal dengan Yang Maha mulia dua bersaudara supaya boleh bersahabat berpanjangan kasih Yang Maha Mulia dua bersaudara pun boleh senang senia selagi ada kompeni sampai turun temurun selama2 tiada banyak menaruh bimbang di dalam demikian sembah patik lebih maklum Yang Maha Mulia maka patik orang keci[l] sekadar menerima suruh kompeni dan jenderal sahaja apakala datang yang lebih tiadalah boleh masuk bicara sekadar mengikut sahaja perintahnya ampuan tuanku maka itulah apiun lima peti patik serah pada Saudagar Mirangkandu dan Nakhoda Parya Tambi jika jadi benar Yang Maha Mulia patik pohonkan harganya lembu kerbau ayam itik akan makanan kapal perang dan segala khabar nyatalah pada Saudagar dan Nakhoda itu

No comments:

Post a Comment