Ahwal akan surat duli tuanku dibawa paduka anakanda itu Tenku Raden Muhamad terjunjunglah di jemala patik
maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah patik segenap perkaranya maka fasal opiun duli tuanku kehendaki lima belas peti itu maka opiun tengah harga mahal maka patik hendak serah beri paduka anakanda tiada suka terima dengan sebab harga mahal diterima lima peti sahaja ampun tuanku akan daftar duli tuanku beri mari pinta tolong Tengku pada orang dalam Pulau Pinang itu maka mana yang bolehnya sudahlah patik suruh tunggu serah beri kepada paduka anakanda itu dalam itu banyak orang yang tiada dalam Pulau Pinang setengah mati ampun tuanku jikalau duli Yang Maha Mulia hendak beri ramai negeri disuruh perintahkan kepada orang yang baik biar tetap seperti adat yang dibuat itu jangan berubah2 dan lagi memeliharakan segala dagang pergi datang dan segala rakyat isi negeri tuanku kesemuanya jangan beri orang berbuat anaya maka pendapat patik jadi ramai juga negeri maka sembah patik ini dengan tulus ikhlas hati
No comments:
Post a Comment