Tuesday, December 17, 2019

Salinan Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS40320/5, folio 56) berkaitan surat kepada Gabenor Jeneral di Benggala

Patik maklumkan ahwal surat duli Tenku dibawa Saudagar Mirangkandu itu sudahlah patik nyatakan kepada Komandor


maka fahamlah Komandor segala yang tersebut dalamnya maka kata Komandor ia hendak beri pergi surat kepada abangnya Jenderal atau ia pergi sendiri ke Madras mengatakan Yang Dipertuan Kedah kehendaki selaksa rial tentu sekali karena di sini tiada boleh ia tentukan maka duli Tenku kata hendak suruh buat gedung taruh seorang saudagar berniaga itu maka patik pun kesukaanlah mana ketika duli Tenku suka boleh disuruh mari buat maka akan orang lanun itupun sebaik2nya duli Tenku suruh pulang dengan segeranya dan lagi segala kelengkapan perintah perang itupun boleh duli Tenku suruh pulang supaya boleh tetap jadi kebajikan dan lagi titah duli Tenku kata hendak beri mari segala perahu2 makanan orang miskin2 dan saudagar2 itupun sebaik2nya boleh sekaliannya pergi mari berniaga jual beli ahwal inilah patik maklumkan tamat

No comments:

Post a Comment