Tuesday, December 17, 2019

Draf surat kepada Tuan Sayid Husain (MS40320/5, folio 58) berkaitan adat Inggeris di Pulau Pinang

Tuan Sayid Husain dengan segala anak bininya jikalau tiada suka duduk dalam negeri Pulau Pinang boleh pergi pada negeri yang lain 


maka adat orang Inggeris segala orang baik2 orang merdeheka berumah tangga tiada boleh tangkap bubuh dalam gedung gelab jikalau tiada buat salah besar seperti mem[b]unuh orang dan lagi segala orang duduk dalam rumah seperti anak bini dan kaum keluarga dan hamba dan orang berhutang sekalian ini duduk dalam perintah tuan ini barang sesuatu kesalahan teman2 dalam kampung itu boleh tuan ini hukum atas dosa masing2 dalam itu jangan dibunuh atawa kudung dan lagi barang siapa pencuri masuk dalam kampung jikalau dibunuh tiada salah masuk dalam kampung pencuri jikalau tiada boleh tangkap dibunuh tiadalah jadi salah 

No comments:

Post a Comment