Tuesday, December 24, 2019

Surat Tengku Kejuruan Japura kepada Francis Light (MS40320/5, folio 62) berkaitan Nakhoda Mahmud pengganti Nakhoda Barul

Ya Aziz al-Rahim

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-‘aqibat lilmuttaqin wa al-salat wa al-salam ‘ala rasulika sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu dari Langkat daripada Tengku Kejuruan Japura barang disampaikan Allah apa kiranya kepada sahabat beta kapitan seri Gurnador yang bermaqam di bandar Pulau Pinang yang telah beroleh pangkat dan darjat daripada Tuhan kita hannan al-mannan amin2 thumma amin wa ba’d 


kemudian dari itu barang diketahui kiranya sahabat beta akan hal Nakhoda Baral sudahlah mati sebab itulah maka lambat beta suruhkan mendapat sahabat beta akan sekarang pun inilah saudaranya akan ganti Nakhoda Barul itu Nakhoda Mahmud Namanya itulah beta suruhkan kepada sahabat beta jangan dua tiga hati sahabat beta kepada memeliharakan dia seperti Nakhoda Barul yang dahulu demikianlah sahabat beta buat akan dia suatu lagi jikalau ada kasih dan sayang sahabat beta akan beta ini hendaklah sahabat beta tolongi garam barang empat koyan dan meriam barang sepasang akan hutang beta itulah suatu pun tiada alamat al-hayat hanya doa tiap2 fi al-lail wa al-nahar tamat gadang ada sedikit akan tanda hidup tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment