Tuan Sayid Husain dengan segala anak bininya jikalau tiada suka duduk dalam negeri Pulau Pinang boleh pindah pergi pada negeri yang lain
maka adat orang Inggeris segala orang baik2 dan orang merdeheka berumah tangga tiada boleh tangkap bubuh dalam gedung gelab jikalau tiada salah besar seperti mem[b]unuh orang dan lagi segala orang duduk dalam rumah seperti anak bini dan kaum keluarga dan hamba dan orang berhutang sekalian ini duduk dalam perintah tuan ini barang sesuatu kesalahannya dalam kampung itu boleh tuan ini hukum atas dusya masing2 melainkan tiada boleh dibunuh atawa kudung dan lagi barang siapa masuk dalam kampung pencuri jikalau tiada boleh tangkap dibunuh tiadalah jadi salah
No comments:
Post a Comment