Ketika itu ini pada menyatakan ikrar Gurnador sembahkan ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia
akan orang kompeni Inggeris pohonkan Pulau Pinang ini daripada tahun pertama orang kompeni duduk di Pulau Pinang itu hingga sampai hari ini datang hadapan selagi orang Inggeris duduk di Pulau Pinang itu dipersembahkan hasil pada setahun2 selaksa rial dan lagi seteru sebelah laut itu atas akuan kompeni ampunya tanggungan dengan belanjanya barang yang kurang daripada makanan maka Yang Dipertuan tolong selesai kerja itu kompeni bayar sekalian belanja itu dan seteru sebelah darat barang yang kurang kompeni tolong selesai daripada kerja itu Yang Dipertuan bayar wasilkan beri selesai jika lari orang dari Kedah ke Pulau Pinang orang kompeni tiada boleh tegah larang jika orang Pulau Pinang pun demikian juga demikian lagi segala teriak rakyat negeri Kedah dalam Pulau Pinang pun tiada boleh orang kompeni tegah larang daripada hukum baginda maka Yang Dipertuan pun perbuat gedung taruh saudagar di Pulau Pinang itu barang dagangan barangan yang keluar di negeri ini seperti timah dan rotan saudagar Yang Dipertuan beli seorang dan segala jenis dagangan yang datang daripada negeri asing sama2 beli orang kompeni tiada boleh tegah larang demikian lagi segala jenis makanan dalam negeri Kedah tiadalah tegah larang segala orang jual beli pergi datang pulang seperti dahulu tiada diambil hasil di Kedah dan Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment