Wednesday, December 18, 2019

Draf surat Francis Light kepada Sultan Terengganu (MS40320/5, folio 61) berkaitan perdagangan opiun dan lada

Ahwal surat duli tuanku dibawa Kapitan Karniki itu sampailah pada patik dengan sempurnanya maka dengar khabar duli Tuanku duduk dengan sejahteranya maka amat kesukaanlah patik menengar khabar itu maka tiadalah patik apa lupakan kasih sayang duli Tuanku itu 


maka sekarang patik beri pergi ghurab ia boleh duk dalam labuhan negeri Terengganu ikut hukum titah Tuanku maka ghurab ini laju baik lagi lengkap segala kelengkapan perang dan lagi Kapitan Karniki ini Tuanku kenal ia orang berani lagi patik fikir tuanku boleh senang hati sebelah laut maka Kapitan Karniki membawa suatu daftar jenis dagangan duli Tuanku kehendaki maka mana yang patik dapat sudah diberi pergi maka opiun banyak mahal sampai tiga ratus lima puluh rial di dalam ini patik rugi banyak jikalau tiada Tuanku tolong beri akan Kapitan Karniki banyak lada maka ada lagi suatu kapal besar patik mau beri pergi ke Terengganu terima lada minta tuanku mau tolong boleh jadi lepas belanja maka Kapitan Karniki pun ketahui patik tiada boleh cahari rentaka dalam Benggala maka suruh buat tiga pasang sahaja maka patik lihat banyak mahal tiada buat lagi jikalau dapat kemudian patik beri pergi maka kapitan Karniki ada membawa sedikit barang minta Tuanku terima ambil tanda sahabat daulat bertambah2

No comments:

Post a Comment