Friday, December 13, 2019

Salinan surat Sultan Kedah kepada Francis Light (MS40320/5, folio 45) berkaitan janji pemberian duit oleh Kapitan Scott (Ahad, 28 Rejab)

Ahwal akan surat sahabat beta beri mari itu sampailah pada beta dengan sempurnanya 


tersebut dalamnya fasal tahun yang telah lalu itu minta beta tentukan maka tiadalah boleh beta tentukan sekarang melainkan mau nanti surat daripada Jenderal maka boleh tentu maka fasal rial yang dijanji Kapitan Uskut selaksa itupun bukannya rial kompeni dengan sebab hendak mencahari jalan kebajikan Yang Dipertuan dengan jenderal maka beta kedua bayar ganti selagi belum sampai surat daripada Jenderal itu maka sekarang pun sahabat beta kedua tatab surat Tenku Raden Muhamad beri mari dahulu dan janji Kapitan Uskut di Kuala Muda di hadapan duli Tenku Raja Muda dengan segala wakil Yang Dipertuan surat sahabat beta kedua beri mari dahulu itupun sudah beta turut seperti janji dengan surat2 itu maka lain daripada ini tiadalah boleh beta tentukan buat surat pada dulapan likur haribulan Rejab hari Ahad tamat

No comments:

Post a Comment