Thursday, December 5, 2019

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 23) berkaitan penawaran rumah dan kedatangan kapal Perancis di Salang (Khamis, 12 Rabiul Awal 1203 / 11 Disember 1788)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam aman Tuhan sarwa alam 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta akan perintah rumah Dato’ Paduka Raja seperti tawar sahabat beta itu sudahlah beta tawar pada Dato’ itu maka qabul Dato’ itu seperti maksud sahabat beta itu sampai tujuh ratus emas beta tawar itupun tiada qabul juga penuh harga sangatlah sudah berlebihan ditawar itu kemudian beta tawar pulak empat ratus rial itupun Dato’ itu tiada qabul juga maka beta hendak lebih lagi pun kayunya banyak tiada cukup lagi beta sudah suruh tatab pada hemat beta kayu yang sudah disuruh tetak itulah kita perbuat karena berlebihan sangat harga rumah itu inilah dinyatakan sebermula adalah dikhabar oleh cina mari dari Telibong katanya Penggawa mari dari Salang dikhabarnya ada kapal tiang tiga duduk berlayar di muka selat Pak Perak sebelah laut maka tiada tentu kehendaknya maka orang kapal itu duduk naik ke darat bedal ambil kerbau orang Salang jika sungguh seperti khabar cina itu kalau2 kapal Perangsis kalau2 muafakat dengan Awak hendak pukul Salang itu pada hemat beta sebaiknya sahabat beta beri Jaga2 pergi lihat boleh ambil khabar yang khusus boleh kita ketahui seperti khabar itu inilah beta nyatakan pergi surat ini pada hari Khamis dua belas hari bulan Rabiul Awal tamat

No comments:

Post a Comment