Wednesday, December 11, 2019

Surat Raja Kecik Besar Perak kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 30) berkaitan penjualan timah (Selasa, 5 Zulhijah 1201 / 18 September 1787)

Ya Qadiya al-Hajat

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-‘aqibat lilmuttaqin al-salat wa al-salam ‘ala sayyid al-mursalin wa ya khair al-nasirin bahawa ini warqat al-ikhlas sazrah termaktub dalamnya tahiyyat bi al-khairat al-daimat iaitu daripada Raja Kecik Besar yang ada duk bernaung pada bawah duli hadrat Yang Dipertuan Yang Maha Mulia dalam negeri Perak Darul Ridwan barang diwasilkan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya pada Gurnador yang memerintahkan tadbir kebesaran kompeni dalam negeri Kota Pulau Pinang yang arif bijaksana pada hal jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta berkasih kasihan yang tiada berhingga kedengaran pada sarib [masyriq] dan maghrib dalam pada itu maka masyhurlah khabar wartanya menolongi segala faqir dan miskin yang kesakitan pada jalani amr bi al-ma'ruf wa nahy ‘an al-munkar 


syahadan maka adalah kita menyuruhkan Nakhoda Luwakang mari pada Gurnador ada membawa timah sedikit2 jawab nyatakan pada Gurnador tiada tentu banyaknya timah itu barang mana adanyalah nyata pada tangan Nakhoda Luwakang ini kemudian daripada itu jikalau ada sukar sakitnya Nakhoda Luwakang barang segala bicara minta tolonglah perbelakan sama Gurnador oleh karena kita kedua pihak ini belum lagi biasa oleh karena daripada harab juga adanya makanya mau menyuruhkan Nakhoda Luwakang ini pada Gurnador ahwal maka suatu pun tiada apa burhan al-ikhlas daripada kita hanyalah timah tengah bahara tiada dengan sepertinya kita minta terima dengan suka hati adalah umpama sirih sehelai jua adanya intaha al-kalam wa katibuhu Faqih Seri dalam tersurat pada lima hari bulan Haji hari Selasa waktu duha sanah 121

No comments:

Post a Comment