Friday, December 6, 2019

Surat Kejuruan Japura kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 25) berkaitan pembelian lela dan timah

Ya Qadiya al-hajat

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-salat wa al-salam ‘ala rasulika sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabih ajma’in maka diiring dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Kejuruan Jepura barang diwasilkan Tuhan hannan l-mannan apalah kira kepada sahabat beta tuan Kapitan Seri Gurnador yang telah bermaqam di bandar Pulau Pinang wa ba’du 


ada pun kemudian daripada itu barang maklum apalah kiranya sahabat beta akan kerana hamba hendak mintak tolongan kepada sahabat beta hendakkan lela sepasang dan ubat belanda satu tong dan timah sebahara akan utangan hamba kepada sahabat beta barang apa kelak kehendak sahabat beta harganya katakan kepada Nakhoda Beral supaya hamba bicarakan kemudian sebagai lagi akan bijih jikalau berkenanlah kepada sahabat beta hendaklah sahabat beta suratkan pawangnya ke mari mengambil dia suatupun tiada alamat hayat hanyalah2 doa fi lail wa al-nahar tamat kalam fi makam jentera mali 

No comments:

Post a Comment