Monday, December 9, 2019

Surat Raja Alaidin Sulaiman Shah kepada Francis Light (MS40320/5, folio 29) berkenaan barang dagangan dari Bubun iaitu timah, rotan, belerang, beras, lilin, gading, kijang dan emas (6 Muharam)

Qawluh Haqq

Ini surat beta Raja ‘Ala Idin Sulaiman Shah sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

adalah beta suruh Syahbandar Lebai Muhamad dengan anak beta Cik Ta bawa kuda dua ekor [h]adiah beta dari Bubun barang sampaikan Allah Ta’ala pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang lagi ada bulan bintang matahari beta mintak muafakatlah Bubun dengan Pulau Pinang barang mana sakit sukar negeri Bubun mintak sahabat beta tolong barang mana perintah sahabat betalah negeri Bubun jikalau barang apa ada kekurangan sahabat beta kirim surat pada beta boleh beta tolong dua dengan saudara beta Tengku Muda Teluk Semawi kerana negeri Bubun ini adalah serba sedikit dari pada timah dan rotan dan belerang dan beras dan lilin dan gading dan kijang dan emas urai kerana beta tiada dengan belanjanya inilah beta beri surat pada sahabat beta barang dua ribu rial dagangannya opiun dan sukhlat dan kain muka dan kain itam putih umur tiga bulan sahabat beta beri kapal ambil dagangan itu tiadalah jadi kesalahan pada anak beta dari Aceh kera[na] negeri Bubun ini sudah jadi maka nan beta oleh anak beta itu kerana inilah beta beri surat pada sahabat beta jikalau tiada sampai tiga bulan bulan beta sampailah beta ke Pulau Pinang perjumpa dengan sahabat beta jikalau suka sahabat beta memberi sahabat beta taruh surat ini jikalau tiada suka sahabat beta balas surat beta dengan segeranya jangan lambat anak beta diperbuat surat ini pada enam hari bulan Muharam tamat

No comments:

Post a Comment