Nur al-Shams wa al-Qamar
Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkeputusan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Dato’ Kaya Batuah yang duduk dalam Kuala Batu Bahara barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat beta Dato’ Gurnador yang memerintah bandar kota Pulau Pinang yang akil bijaksana yang telah masyhur sampai ke mana2 jalan kebajikan wa ba’d
daripada itu ahwal akan surat sahabat beta yang dibawa oleh Kapitan Jaga2 itu telah sampailah kepada beta dengan sempurnanya telah kita buka daripada kipatannya serta kita tatap dalamnya maka tersebutlah sahabat beta menyuruh bicarakan fasal kici serta dengan segala hartanya sebenarnyalah kepada kita syahadan adalah dalam tangan kita kelasi dalapan orang emas sepuluh bungkal maka inilah kita serta beri dalam tangan Kapitan Jaga2 dan serta tangan Nakhoda Cu Andam itu kelasi lima orang enam sama serang dahulu itu dan lagi emas tujuh bungkal mana seperti kata sahabat kita itulah kita turut akan hal kelasi dua orang lagi tinggal kerana tiada ia mahu pulang kemudianlah kita bicarakan suruh pulang syahadan lain daripada itu tiada dalam tangan kita itu dalam tangan Dato’ Bendahara dan Orang Kaya Muda serta Dato’ Keempat Suku tiada ia mahu memulangkan kerana adat orang Melayu jikalau orang membunuh nakhodanya begitu menjadi pendapatan negeri itulah sebabnya tiada ia mahu memulangkan daripada kita itu orang kancil tanda putih hati kepada sahabat kita maka kita pulangkan syahadan kita minta kepada sahabat kita janganlah berputusan antara Pulau Pinang dan Batu Bahara pergi mari jikalau sahabat kita menyuruh pergi mari ke Batu Bahara kita aku jikalau dalam Batu Bahara ada pada suatu halnya utang kita sebagai lagi kita minta kepada sahabat kita jikalau ada orang Batu Bahara hendak menyambut utang janganlah sahabat kita beri orang jahat semuanya jikalau ada tanda daripada kita jikalau sahabat kita percaya baharu beri kemudian lagi sambuk satu terserah dalam tangan Kapitan Jaga2 ahwal itulah kita nyatakan tersurat kepada sebelas hari bulan Safar hari Isnin waktu Duha tamat
Tahun Bila tuan?
ReplyDeleteTahun tidak ditulis dalam warkah.
Delete