Ya Qadiya al-Hajat
Alhamdulillah ikmal al-kiram wa bi al-salam al-‘izam wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in sayyid al-jamal wa wa bi’inayat Allah al-ikmal telah selesailah daripada memuji Allah khalifat al-rahim dan salawat akan rasul khair min al-karim maka diidafatkan dalamnya afdal al-salam wa bi al-du’a al-‘azim iaitu sahifat al-ikhlas tulus serta putih hati daripada Raja Laksamana dalam negeri Perak Darul Ridwan barang disampaikan Allah Subhnahu Ta’ala apalah kiranya dengan selamatnya fi wajh al-karim kepada sahabat kita Datuk Gurnador yang dipeliharakan Allah Subhanahu Ta’ala ‘ain dan sa’adat yang amat sempurna serta arif dan bijaksana pada perintah budiman dan ialah yang bersifat tulus dan ikhlas kepada sahabat dan handai taulannya karib dan ba’id barang lanjut kiranya umurnya dalam dunia serta sihat dan afiat supaya bertambah2 kemuliaannya ‘ala al-din amin ya rab al-‘alamin wa ma ba’dah
kemudian daripada itu barang maklumlah kiranya kepada sahabat kita Datuk Gurnador maka adalah tersebut dalam sahifah ini adalah timah sedikit ada kira2 enam bahara dibawa oleh Lebai Alang ini berdua dengan Encik Sedamba ini kepada sahabat kita Datuk Gurnador kita minta tolong opiun barang dua peti opiun yang baik barang berapa lebihnya daripada timah enam bahara itu melainkan minta janjilah barang dua bulan ini jikalau ada harap dengan percaya kepada hamba berilah kepada Lebai Alang ini dengan Encik Sedamba ini barang lagi berapa kira2nya daripada opiun dua peti itu kita suruh hantarkanlah kemudian haraplah kita kepada sahabat kita kerana tiada penah kita bersahabat baharu inilah kita bersahabat itulah kita suruhkan Lebai Alang dengan Encik Sedamba ini akan wakil kita yang mutlak suatupun tiada Burhan al-hayat daripada kita hanyalah timah ada dua biji keping akan barang gunanya pada sahabat kita pergi surat ini pada dua belas hari bulan Jamadil Akhir pada hari Arba’ tamat al-kalam bi al-khair
No comments:
Post a Comment