Saturday, December 28, 2019

Surat daripada Cina Tim kepada Francis Light (MS40320/5, folio 68) berkaitan kes amuk melibatkan Yang Dipertuan Besar Riau dan Raja Ilanun

Bahawa inilah warqatul ikhsal yang termaktub dalamnya dengan berapa tulus ikhsal serta putih hati yang tiada berhingga serta kirim tabik banyak2 iaitu daripada Cina Tim orang yang yang hina lagi miskin di dalam negeri Selangor datang kepada tuan Gurnador yang ada duduk di Pulau Pinang serta mengasihi segala dagadang miskin serta menolongi segala ora[ng] yang kesakitan seperti sepohon kayu yang besar boleh menaungi segala mereka yang kena panas matahari demkianlah adanya diberi Allah Ta’ala akan tuan Gurnador duduk di Pulau Pinang itu 


adapun kemudian daripada itu barang tahu kiranya tuan Gurnador akan hal negeri Riau itu Yang Dipertuan Besar dengan Raja Ilanun yang menga[m]bil dia serta dengan orang tidung kira2 ada orang lima ribu diamuknya malam hari ada kira2 pukul dua belas kepada bulan tiga dua puluh enam hari bulan mati orang pun banyak mati yang ada hidup Peter seorang orang Putih empat orang itu pun lari ke selub diikuti lanun lari pula Peter bersampan pulang ke Melaka dan lagi serdadau pula lari dua puluh empat orang itulah yang sampai ke Melaka selub itupun dapat oleh lanun maka sekarang ini adalah orang lanun itu berkirim surat ke Melaka mengatakan siap2lah negeri Melaka jika tiada ubat tembak jika tiada peluru tong mana kota yang tiada baik baiki maka sekarang ini pada pendapat hamba yang hina ini negeri Melaka dengan lanun ini hampirlah berkerja besar ahwal itulah hamba yang hina nyatakan kepada tuan Gurnador kemudian jika ada khabar yang lain lagi hamba yang nyatakan pula kepada Tuan Gurnador kemudian lagi ada khabar pula mengatakan Yang Dipertuan dengan Raja lanun sudah keluar dari dalam Riau entah ke mana perginya tiada lagi berketahuan khabarnya itulah hamba yang hina ketahui khabarnya dalam Selangor maka hamba yang nyatakan kepada tuan Gurnador kemudian lagi itulah hamba yang hina ada menyuruhkan sebuah sakap kepada tuan Gurnador Encik Keling dengan anak hamba Sicu serta membawa surat ini serta ada timah sepuluh bahara bawakan kepada Tuan Gurnador sungguh hamba yang hina duduk di Selangor sama juga duduk di Pulau Pinang kerja tuan Gurnador juga sahaya kerjakan karena hina sangat miskin makan belanja pun Yang Dipertuan juga memberi melainkan Allah Ta’ala juga membalaskan kasih Yang Dipertuan itu kepada hamba yang hina ini karena hamba tiada dapat membalas dikemudian lagi jika ada kasih tuan kepada hamba tuha ini mintaklah ubat barang sedikit boleh makan banyak sakit tiada berpeti dan lagi dan lagi hamba yang hina minta kirimi paku pengikat barang tiga puluh kati barang berapa harganya beritahulah kepada Encik Keling tamat

No comments:

Post a Comment