Monday, May 20, 2019

Surat Raja Sintar kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 101) berkaitan perahu

Ya Ghafur 

Hijrah Nabi Sad  basi fi shahr al-Shawal arba’ah al-ayyam asyhur sanah ini perahu Raja Sintar  dari Parkurawan  

Surat Wan Fakar kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 100) berkaitan perdagangan, Sabtu 30 Jamadil Akhir

Qawluhu al-Haqq

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada Wan Fakar sampai kepada Dato` Gurnador Raja Pulau Pinang 

Surat Wan Fakar kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 99) berkaitan dagangan dan hamba yang lari (Ahad, 15 Rejab)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih dan sayang serta tulus ikhlas serta putih hati berkasih kasihan selama ada lagi cakerawala bulan dan matahari iaitu daripada diperhamba Wan Fakar datang kepada Dato` Gurnador yang memerintahkan di dalam bandar Pulau Pinang serta amatlah mengasihi segala dagang senteri iaitu diperhamba maklumkan 

Surat perjanjian Tambi Putih Husna Marikan dan Hasan Mira Lebai (MS 40320/6, f. 98) berkaitan hutang, Isnin, 16 Safar 1208 (23 September 1793)

Qawluhu al-Haqq

Hijrah tahun seribu dua ratus delapan kepada enam belas hari bulan Safar hari Isnin maka inilah tapak tangan Tambi Putih Husna Marikan dan menantunya Hasan Mira Lebai bahasa Keling hamba Dato` cawikan  Bahasa Melayu 

Surat Mei Ikang kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 97) berkaitan masalah suaminya yang berjudi dan berhutang

Qawluhu al-Haqq 

Hamba Dato` Mei  Ikang bini Cina Kai  tukang cukur merafakkan sembah pada ke bawah tapak kaki tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia serta tilik rahim pada segala hamba Allah yang teraniaya 

Sunday, May 19, 2019

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 96) berkaitan hutang di Sungai Keluang

Hamba Dato` Saudagar Raja hamba tuha yang teramat hina daripada sekalian hina lagi daif maklumkan surat cit ke bawah hadrat kadam Dato` Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi dipermuliakan Allah Subhanahu wa Taala antara dua negeri iaitu dunia dan akhirat lagi amat murah dan mengasihani akan segala fakir miskin jikalau ada ampun serta rahim 

Surat Seri Nara Diraja Saudagar Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 95) berkaitan masuk Melayu 9 Syawal 1208 (10 May 1794)

Qawluhu al-Haqq

Hamba Dato` Seri Nara Diraja iaitu Saudagar Terengganu maklumkan sembah ke bawah kadam Dato` Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah bandar Pulau Pinang barang dipanjangkan Allah umur usianya supaya jadi tempat pernaungan sekalian dagang miskin dan ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Sayyid Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 94) berkaitan dagangan timah

Qawluhu al-Haqq

Tulus ikhlas daripada Tuan Sayyid Muhamad barang disampaikan Allah Taala kepada Dato` Gurnador Raja Pulau Pinang  yang diberi Allah pangkat martabat kebesaran dalam Pulau Pinang wa ba’d kemudian daripada itu 

Surat Dato Hasan Mira Lebai kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 93) berkaitan masalah perniagaan di Pulau Pinang

Ya ‘Aziz al-Rahim 

Hamba Dato` Hasan Mira Lebai maklumkan sembah ke bawah kadam Dato` Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia wa ba’d dari itu 

Saturday, May 18, 2019

Surat Cina Siak kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 92) berkaitan perdagangan candu

Ya ‘Aziz 

Hamba Dato` Cina Siak maklumkan sembah pada Dato` Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia aziz 

Surat Tuan Sayyid Hasan kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 91) berkaitan hubungannya dengan Francis Light

al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada Maulana Tuan Sayyid Hasan sampai pada sahabat hamba Gurnador Pulau Pinang 

Surat Wan Fakar kepada Francis Light (MS 40320/6, f.90) berkaitan penghantaran dagangan

Ya ‘Aziz 

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan serta putih hati iaitu daripada Wan Fakar datang kepada Dato` Gurnador yang amat bijaksana yang memerintahkan dalam bandar Pulau Pinang 

Surat Pir Sab kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 89) berkaitan dagangan dengan India

Ya ‘Aziz 

Hamba Dato` Pir Sab yang teramat hina merafakkan sembah ke bawah kadam Dato` Gurnador, Raja Pulau Pinang hamba Dato`  maklumkan 

Surat hutang oleh Tambi Putih Husna Marikan dan Hasan Mira Lebai (MS 40320/6, f. 88) 1190h (1776/1777)

Qawluhu al-Haqq 

Maka inilah tapak tangan Tambi Putih Husna Marikan dan menantunya Hasan Mira Lebai bahasa keling hamba Dato` cawi bahasa Melayu inilah sanah tahun seribu seratus sembilan puluh tahunnya 

Surat Sheikh Abdullah al-Habshi kepada James Scott (MS 40320/6, f. 87) berkaitan perdagangan, 28 Muharam 1208 (5 September 1793)

Al-Salam ‘ala man al-attabi’ al-huda ila al-sahib al-awd al-kafitan 
Uskut ahdah Allah ila tariq al-sawab amin wa ba’d fa al-mujib 
khair allazi na’rifuka min ajli al-murakkab haqqukum allazi fih nadrukum 

Surat Tengku Tengah kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 86) berkaitan masalah rompakan

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada berhingga dan bermasa siang dan malam iaitu daripada Tengku Tengah barang disampaikan oleh Tuhan sarwa sekalian alam apa kiranya kepada sahabat kita Gurnador yang beroleh kebesaran dan kemuliaan yang memerintahkan bandar kompeni di dalam daerah bandar Pulau Pinang dan yang mengasih segala dagang qarib dan ba’id maka adalah diumpamakan sepohon kayu yang rampak di tengah padang dan renda daunnya serta harum baunya dengan dan buahnya maka bernaunglah sekalian burung di bawahnya pada ketika waktu tengah hari maka bertiuplah angin yang lembah lembut maka terhamburlah bauan yang amat semerbak dan lagi telah rasa buahnya maka mengucap syukurlah sekalian yang bernaung di bawahnya maka masyhurlah warta ihsannya kepada sekalian alam wa ba’du 

Surat Nakhoda Cik Siam kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 85) berkaitan masalah perkongsian syarikat

Ya Aziz al-Rahim

Hamba Dato’ Nakhoda Cik Siam maklumkan sembah pada ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia aziz 

Surat Dato' Kong Saleh kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 84) berkaitan perpindahan anaknya dari Perai ke Batu Lancang

Ya Aziz 

Ampun Dato’ hamba Dato’ Kong  Saleh  hamba yang teramat hina dari kepada sekalian yang hina bermaklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ Yang Maha Mulia ampun Dato’ beribu2 ampun penuh limpah sedia terjunjung di atas jemala hamba Dato’ ampun Dato’ 

Surat Johan Berdaulat kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 83) berkaitan kapal dagangan, 10 Zulhijjah 1205, Rabu (8 Ogos 1791)

Ini surat tulus ikhlas yang terbit di dalam kalbu iaitu daripada Saidina wa Maulana Johan Berdaulat Zillullah Fi al-Alam sampai kepada pihak sahabat kita Komandor  Lat  Pulau Pinang 

Surat Aji kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 82) berkaitan masalah rumah tangga

Ya Aziz 

Hamba Dato’ Aji memaklumkan sembah pada Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia aziz 

Saturday, May 11, 2019

Raja Muda Nala dalam koleksi Light Letters, 10 April 2019




Wadah Cendekia 7 Mac 2019





Bancian Penduduk Sungai Keluang oleh Penghulu (MS 40320/6, f.81)

Fasal pada menyatakan orang yang dalam Sungai Keluang  disatarkan  oleh Dato’ Penghulu Sungai Keluang  segala yang beranak 

pertama Cik Jamaludin seorang anaknya Long 
dan Temu  seorang anaknya Mek Long 
dan anak Cik Taji sorang namanya Karim dan seorang adiknya Fatimah 
dan anak Cik Budin sorang namanya Bani 

Surat Temenggung Makota Maharaja kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 80) berkaitan kedudukan Kuala Perai

Al-Mustahaqqah 

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas daripada beta Temenggung Makota  Maharaja sampai kepada sahabat beta Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang dipelihara Tuhan sarwa kalian  alam wa ba’du 

Surat Encik Abdul Rahim kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 79) berkaitan hamba yang lari 29 April 1792

Ya Qadiya al-Hajat 

Ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada Encik Abdul Rahim bin Al-Haj Abd yang duduk di dalam negeri Melaka barang disampaikan Tuan sarwa sekalian alam apa kiranya kepada Dato’ Raja Gurnador Mister Lait  yang memerintahkan negeri Pulau Pinang wa ba’du 

Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS 40320/6, f.78) berkaitan senarai barang perdagangan

Sebagai wasil  mula2 opiun  dua puluh peti harganya lima ribu rial 
Sebagai tahun kemudian sahlat  tiga kayu harganya seratus dua puluh rial
Sebagai dibayar kepada Kapitan Uskut  dagangan yang diambil Seri Maharaja Dewa empat ribu rial

Surat Saudagar Paria Tambi kepada Francis Light (MS 40320, f. 77) berkaitan pembelian ayam dan itik

Al-Shams wa al-Qamar 

Hamba Dato’ Syaudagar  Paria Tambi maklumkan ke hadrat Dato’ Gurnador yang ada memegang perintah dan tadbir dalam daerah jazirah Pulau Pinang barang ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya dalam dunia dan dipanjangkan Allah umur usianya serta dianugerahi Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Sayid Abdullah kepada James Scott (MS 40320/6, f. 76) berkaitan Po Cat Gadang

Salam serta doa daripada Sayid Abdullah sampai kepada sahabat beta Kapitan Ushkut yang mulia 

Surat Cina Hong kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 75) berkaitan perniagaan judi

Ya Aziz 

Hamba Dato’ Cina Hong empunya sembah dengan tabik banyak2 di bawah kaki Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia dan lagi tinggi kebesaran seperti bulan dan matahari umur pun barang dipanjangkan oleh Tuhan yang menjadikan alam dunia ini 

Surat Dato' Setia Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 74) berkaitan hutang Sheikh Mia

Ya Aziz al-Karim 

Hamba Dato’ Setia Raja menrafakkan  sembah ke bawah kadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang teramat mulia 

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/6, f.73) berkaitan masalah rompakan di laut

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tenku  Raden Muhamad sampai kepada sahabat kita Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana yang telah masyhur lalu ke timur dan barat kedengaran bahana 

Surat Francis Light kepada Sultan Sultan Kedah (MS 40320/6, f. 72) berkaitan surat untuk dihantar kepada Gabenor Jeneral Benggala Julai 1789

Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah fi al-alam ampun Tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Surat ikrar anak perahu Cutan (MS 40320/6, f. 71) berkaitan pembahagian keuntungan 27 November 1785

Inilah ikr  senda segala anak perahu Cutan perbuat surat ikr  beri pada tangan nakhoda tanda sepakat anak perahu dan nakhoda daripada segala perintahnya berjual dan beli ambilan pada nakhodanya 

Sunday, May 5, 2019

Surat Dato Raju kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 70) berkaitan masalah rampasan dagangan

Ya Aziz al-Karim 

Hamba Dato’ Raju hamba yang teramat hina lagi yang sangat daif maklumkan sembah pada ke bawah kadam Dato’ Gurnador yang amat mulia lagi aziz al-karim 

Surat Dato' Bandar Nakhoda Aman kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 69) berkaitan hutang

Ya Qadiya al-Hajat 

Ini surat daripada Dato’ Bandar Nakhoda Aman barang sampai kepada Dato’ Gurnador yang istira  di dalam bandar Pulau Pinang lagi artawan dan dermawan 

Surat Dato Muhamad Lebai Marikan kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 68) berkaitan pembayaran dan hutang

Ya Aziz 

Hamba Dato Muhamad Lebai Merikan merafakkan sembah pada ke bawah kadam Dato’ Tuan Gurnador Raja di Pulau Pinang yang teramat mulia wa ba’dah 

Senarai dagangan kapas (MS 40320/6, f. 67)

Bandela Babad fasal kapas 
10 Pertama ambilan Hakim Bab sepuluh bandela 
11 Sebagai ambilan Wan Long Ismail sebelas bandela 
7 Sebagai pula ambilan Wan Long Ismail diterima Po Meteri tujuh bandela 
16 Sebagai ambilan Bapu enam belas 
2 Sebagai ambilan Po Cat dua bandela 
Bandela
Babad fasal yang dijual Nakhoda Kecik Harganya 
2 Pertama Abdul Qadir dua bandela harganya tujuh puluh rial 70 
1 Dan Nakhoda Buyung satu bandela harganya tiga puluh lima rial 35 
2 Dan Mia Sab  dua bandela harganya tujuh puluh rial 70 
1 Dan Peru  Muhamad satu bandela harganya tiga puluh lima rial 35 
1 Dan Sayid Farid satu bandela harganya tiga puluh lima rial 35
1 dan orang Jeram satu bendala harganya tiga puluh lima rial 35 
1 sebagai dijual rincik2 satu bandela harganya tiga puluh empat rial 34 
½ sebagai dijual tengah bandela harganya harganya tujuh belas belas rial seemas 17.4 
9 ½ 331.4 

Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS 40320/6, f. 66) berkaitan pembelian meriam dan senapang

Ya Ghafur al-Rahim 

Daulat Tuanku Saha  Alam Zillullah fi al-alam ampun Tuanku patik Kapitan Laik Dewa Raja hamba pacal yang amat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah lebu telapakan cerpu Duli Yang Dipertua Besar serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah sudi terjunjung ke atas jemala patik hamba ampun tuanku 

Surat Dato Seri Perdana Menteri kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 65) berkaitan perjanjian perdagangan

Pxxxx  tahun xxx  pada sembilan hari bulan Muharam hari Arba’ pada ketika itu adalah nyonya bawa mari kapitan xxxxxxx  iaitu daripada wakil Senyur Frangsis  Jordan  Syaudagar negeri Mandras   xxxxxxx  Muhamad Jiwa Zainul Azilin Muazzam Shah Yang Maha Mulia semayam di negeri  Kedah Perlxxxxx  

Surat daripada Dato Bendahara Batu Bahara kepada Francis Light (MS 40320/6, 64) berkaitan hadiah kuda

Suhuf ikhlas serta suci hati yang tiada berhingga sediakala ada peredaran cakerawala bulan dan matahari iaitu daripada Dato Bendahara yang bermakam dalam negeri Batu Bahara barang disampaikan Allah Tuhan sarwa alam kiranya datang kepada Komodor yang diberi kompeni yang memerintah negeri Pulau Pinang yang beroleh pangkat dan darjat kebesaran dan kemuliaan lagi amat baik budi pekerti dan lagi bijaksana pada melakukan perintah sahabat bersahabat kasih dan berkasihan pada segala negeri dan haterakan amat masyhurlah warta yang demikian itu maka beberapa segala hamba Allah minta doa barang dikekalkan Allah kiranya perangai yang wahyu itu beserta pula kita pohonkan kepada Allah Azza Wajalla barang dilanjutkan kiranya umurnya sahabat kita wa ba’dahu