Ya ‘Aziz
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan serta putih hati iaitu daripada Wan Fakar datang kepada Dato` Gurnador yang amat bijaksana yang memerintahkan dalam bandar Pulau Pinang
diperhamba maklumkan ahwal perhamba Dato` berjanji dengan Komander Kecik hendak beri berlayar Cik Sah dalam tiga hari maka datang gendala pada diperhamba Dato` kerana budak2 Raja Kedah mari membawa surat maka Nakhoda Cik Sah itupun diperhamba Dato` tiada beri kalah pada budak2 itu akan hal lembu itu sudah diperhamba Dato` serahkan lima ekor jantan serta diperhamba tolong muat ke perahu Cik Sah itu beri pergi dahulu akan Nakhoda Lahab itu dalam diperhamba Dato` bersiap muat lagi jika sudah siap diperhamba Dato` berilah pergi berlayar yang kemudian daripada itu tiadalah boleh diperhamba Dato` bicara hantar lagi jika boleh Dato` suruhlah pergi Jaga2 mari terima kerana perahu Melayu ini Dato` pun maklumlah tiada berapa kukuhnya itulah diperhamba Dato` takut sangat akan perahu Cik Sah itupun dua tiga kali pangkal perahu itu habis tembus akan lembu lima ekor itupun tiada diperhamba Dato` taruh harganya kerana Dato` Penggawa punya jika Dato` beri Jaga2 mari diperhamba Dato` pinta tolong opiun barang dua peti akan harganya diperhamba Dato` pinta harga Pulau Pinang kerana Raja Siam suruh beli akan harga opium itu boleh timah diperhamba Dato` terima boleh rial diperhamba Dato` terima akan Cik Sah dibawa orang tiga orang tamat al-kalam bi al-khair wa salam
No comments:
Post a Comment