Ya Aziz al-Rahim
Hamba Dato’ Nakhoda Cik Siam maklumkan sembah pada ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia aziz
ahwal maka adalah hamba Dato’ sarikat dengan Cina Melaka Cik Keng dan Cik Hong tiga orang maka modal hamba Dato’ sendiri dengan perahu empat ratus sembilan puluh empat ringgit modal Cik Keng tiga ratus sembilan puluh lima ringgit dan modal Cik Hong dua ratus dua puluh sembilan ringgit tengah tujuh kupang jumlahnya modal ketiga orang ini jadi seribu seratus dulapan belas rial tengah tujuh kupang dan lagi kiriman orang Melaka nama Cina Pei sembilan puluh tiga ringgit maka perjanjian hamba Dato’ ketiga jika rugi sama rugi jika laba sama laba dibuat surat perjanjian dengan bahasa Cina maka disuruh berlayar ke Tawi maka sampai ke Tawi dijual dagangan maka dibeli dagangan Tawi dimuat di dalam perahu keluar maka sampai ke Kuala Tawi di laut kena beting pecah perahu rosak maka ada lepas malam setengah2 basah balik hamba Dato’ masuk ke Tawi dengan sampan kemudian datang musuh Siam dilanggar Tawi kira2 setahun lamanya maka harta yang lepas sebahagi itu pun dibelanja makan dengan teman2 kerana nenggeri tengah haru hara tinggal ada sedikit2 maka hamba Dato’ tiada boleh pulang maka teman2 pun enam orang ditangkap Siam per dibawa pergi tinggal lagi enam orang tiada boleh pulang kira2 tiga tahun lamanya maka lepas haru hara nenggeri maka hamba Dato’ pergi pinta tolong teria pada Raja Tawi maka Raja Tawi beri pinjam perahu sebuah serta dengan wakilnya dua orang bersama2 serta dengan modal masing2 maka belayar mari sampai ke Pulau Pinang maka hamba Dato’ jual dagangan yang dibawa sedikit2 itu seperti sarang burung malau buah pelaka sumbu badak boleh tiga ratus tujuh puluh tujuh rial dalam ini ditolak upah jurumudi dengan anak dayang lima puluh tiga ringgit dengan belanjanya maka sekarang ini orang tiga mari buat haru hara hendak pukul godam nadi masukkan gudang kelapa maka hukum kapitan keduanya pun tiada mau didengar diperbuatkan kekerasan ahwal inilah hamba Dato’ adu teriakan pada qadam Dato’ pohonkan pinta selesaikan dengan hukum Dato’ jangan teraniayai hamba Dato’ orang miskin tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment