Qawluhu al-Haqq
Maka inilah tapak tangan Tambi Putih Husna Marikan dan menantunya Hasan Mira Lebai bahasa keling hamba Dato` cawi bahasa Melayu inilah sanah tahun seribu seratus sembilan puluh tahunnya
bahawa pada ketika itu pada menyatakan adalah Tambi Putih Husna Marikan dan menantunya Hasan Mira Lebai mengambil utang emas urai tunai banyaknya tiga belas bungkal empat belas mayam dua kupang setali kepada Syeikh Ismail Lebai Syaudagar Melaka perjanjian orang dua ini tiga bulan emas yang tersebut hendak dibayar jika tiada terbayar dalam tiga bulan ini kenalah adat seperti sambutan Syeikh Ismail Lebai pada Tuan Gurnador Melaka dan kepada Syaudagar Mia Melaka kepada seratus serial bunganya tiap2 bulan jika hayat maut seorang tertanggung di atas seorang tiadalah suatu2 jawab tiada qalqil dakwa mendakwi kepada kemudian harinya tatkala diperbuat surat ini saksinya Syaudagar Cika Marikan dan Nakhoda Muhamad Husain dan Ahmad Lebai yang menjadi saksi ini dengan khatnya ada di dalam tapak tangan ini serta khat Tambi Putih Husna Marikan dan Hasan Mira Lebai tanda sah seperti yang tersebut dalam surat ini wa katibuhu wa shahiduhu Hasan Bahi wa kafa billah shahidan ilmihi tamat
inilah khat Hasan Mira Lebai tanda sah seperti yang tersebut dalam surat ini bahasa Keling
inilah khat Tambi Putih Husna Marikan tanda sah seperti yang tersebut dalam surat ini dengan bahasa Arab
Inilah khat sanda Ahmad Lebai menjadi saksi di dalam surat ini bahasa Keling
inilah khat sanda Nakhoda Muhamad Husain menjadi saksi di dalam surat ini bahasa Arab
Inilah khat sanda Cika Marikan menjadi saksi di dalam surat ini dengan bahasa Keling
No comments:
Post a Comment