Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas daripada beta Temenggung Makota Maharaja sampai kepada sahabat beta Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang dipelihara Tuhan sarwa kalian alam wa ba’du
dari itu inilah beta nyatakan pada sahabat beta maka adalah beta ini dititahkan Duli Yang Dipertuan suruh beta buat tempat duduk di Kuala Perai ini serta dititah suruh beta buat Kelian Jejawi itu serta disuruh perintah di Kuala Perai itu daripada tetak nibung dan kayu serta barang2 yang lain lagi maka inilah beta nyatakan pada sahabat beta kerana gaduh dengan Tanjung Penaga sama satu hamparan beta ini orang miskin tiada sampai ke darat pada beta hendak kerajakan seperti titah itu melainkan dengan tolong sahabat beta jugalah pada beta menjadikan perkerajaan ini kerana sahabat beta cukub adanya boleh tempat beta mengadu mana yang tiada pada beta sementara beta mengadap tuan beta ahwal inilah beta maklumkan pergi surat ini pada dulapan belas haribulan Muharam hari Sabtu tamat inilah ji beta suruh mengadap sahabat beta
No comments:
Post a Comment