al-Mustahaqq
Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada Maulana Tuan Sayyid Hasan sampai pada sahabat hamba Gurnador Pulau Pinang
ahwal adalah surat hamba kirimkan pada Yang Dipertuan Asahan dan pinta bicarakan seperti maksud hamba jika datang surat Yang Dipertuan Asahan pinta sahabat hamba terima ambil serta dibalaslah surat itu Gurnador nyatakan hamba sudah naik pergi ke negeri Senggora khabarnya surat dari benua Siam dan Ligor hendak bawa sampaikan pada Gurnador itulah Gurnador muafakat bicara baik2 hendak balas surat Raja Siam itu maka hamba ini sudah hati putih kepada Gurnador dan Kapitan Uskut tiada mau pandang pada jalan kejahatan maka dari mula perintah Gurnador duduk di Pulau Pinang itupun dengan bicara hamba juga muafakat dengan Seri Maharaja Dewa maklumkan pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia maka hamba pergi pada sahabat hamba mendatangkan bicara yang kebajikan pada To` Gurnador maka oleh Keling2 buat bicara yang tiada jadi guna hendak ceraikan kasih hamba akan To` Gurnador tetapi akan hamba ini hendak cahari jalan kebajikan atas To` Gurnador jugalah maka pinta To` Gurnador balas sedikit surat hamba ini boleh hamba dengar warta yang kebajikan daripada To` Gurnador maka suatu pun tiada tanda hayat kerana tiada tentu orang tempat hamba kirimkan surat ini insya Allah Taala hamba kembali pulang dari Siam itulah boleh hamba bicara barang2 akan To` Gurnador ahwal itulah dinyatakan buat surat pada lima belas bulan Zulhijjah tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment