Ya ‘Aziz
Hamba Dato` Cina Siak maklumkan sembah pada Dato` Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia aziz
ahwal maka adalah hamba Dato` dengan Cina Cina bersarikat jual candu modalnya hamba Dato` yang mengira2kan beri kepada Cina Cina maka adalah kira2 sepuluh peti opiun yang sudah dibuat candu jual maka sudah orang pajak candu tiadalah jadi hamba Dato` jual lagi maka hamba Dato` kira2 dengan Cina Cina akan modalnya sudah dipulangkan maka tinggal labah sahaja pada Cina Cina kira2 pada sepeti dua ratus rial jadi sepuluh peti itu dua ribu rial maka perjanjian hamba Dato` dengan Cina Cina jika boleh labanya sepuluh enam dia empat hamba Dato` maka kata Cina Cina tiada lebihnya dua ribu rial itu dia mau potong ayam maka kata segala tua mudanya jangan potong ayam tiada baik bayarlah sama Cina Siak tiga ratus rial maka sukalah Cina Cina membayar tiga ratus kepada hamba Dato` maka hamba Dato` pun tak pedaya ikutlah mana kata empat itu orang tuha mu itu maka sekarang ini akan rial tiga ratus itu pun tiada mau bayar cukub hendak dikurangkan pulak maka tiadalah suka hamba Dato` pinta cukub jugalah jika diampuni sembah hamba Dato` pohonkan kadam Dato`lah boleh ambil berik hamba Dato` haraplah hamba Dato` akan diampuni sembah hamba Dato` ahwal itulah hamba Dato` maklumkan tamat al-kalam bertambah2 ala al-dawam
No comments:
Post a Comment