Saturday, May 18, 2019

Surat Johan Berdaulat kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 83) berkaitan kapal dagangan, 10 Zulhijjah 1205, Rabu (8 Ogos 1791)

Ini surat tulus ikhlas yang terbit di dalam kalbu iaitu daripada Saidina wa Maulana Johan Berdaulat Zillullah Fi al-Alam sampai kepada pihak sahabat kita Komandor  Lat  Pulau Pinang 


sekarang pun akan surat sahabat kita kirim kepada Kapitan Ustur  itu sudah sampai kepada kita dengan selamatnya maka kita baca khabar dalamnya terlalu suka hati kita mendengarkan dia betullah sahabat kita dengan kita daripada dahulu sampai sekarang sekarangpun barang ketahui sahabat kita akan kapal yang dibawa oleh Mister Lan  itu tiada dengan hukum kita hanya dibawa lari sahaja sekarang pun ada patut betul khabarnya kerana ia sulit melainkan pandang2 sahabat kita akan khabarnya dan khabar kita dan lagi jikalau ada kasih serta ikhlas sahabat kita akan kita maka hendaklah sahabat kita tolong dengan segeranya kapal kita kedua itu sudah ke Aceh dengan ikhtiar sahabat kita harab  kita akan Allah dan akan Rasulullah kemudian dari itu akan sahabat kita ganti mata tangan kita dan lagi akan khabar Mister Lan  itu tiada suka ia pergi ke Aceh jikalau ada kasih sahabat akan kita hantar juga ia kepada kita kerana ia orang jahat tiada patut dibuat demikian akan kita dan sebagai lagi harta yang dibawa lari kepadanya kita sudah kepada daftar Fransis  Fransua  sudah keluarkan belanja dan yang tinggal baki sudah tersurat habis dalam daftar itu tiada satu apa melainkan doa kita pada siang dan malam akan sahabat kita jangan berputusan sahabat kita berkasih kasihan sampai kepada anak cucu kita tamat al-kalam tersurat surat ini di dalam Kota Cahaya Permata sepuluh haribulan Zulhijah hijrah seribu dua ratus lima tahun yaum al-arba’ waktu asar

No comments:

Post a Comment