Qawluhu al-Haqq
Tulus ikhlas daripada Tuan Sayyid Muhamad barang disampaikan Allah Taala kepada Dato` Gurnador Raja Pulau Pinang yang diberi Allah pangkat martabat kebesaran dalam Pulau Pinang wa ba’d kemudian daripada itu
adalah ahwal surat Dato` Gurnador kepada yang Dipertuan Perah itu telah sampailah surat itu maka titahnya hendak dikiranya bayarlah serta balas surat itu dalam itu datanglah Panglima Selama hendak ambil perahu di lain Mutanang timahnya dalam itupun pinta ampun mudiklah akan sunan itu seperti surat Dato` Gurnador itu titahnya melainkan di belakanglah kita hantar surat balas akan sunan serta dengan pembayarnya inilah tuan pasti lagi jika tidak pun datang dibawanya tuan suruhlah mengadab pula periksa sebab tuan pun sangatlah hendak ke Pulau Pinang hendak berjumpa dengan Dato` Gurnador insya Allah Taala jika tiada mati habis bulan ini bulan datang itu datanglah tuan kepada Dato` Gurnador itu dan lagi adalah ahwal sampan tuan bali kepada nakhoda orang Batu Bahara dalam rantau sunan tahulah sekalian tuha muda lagi pun jika orang itu yang berjual tiadalah patut antaranya itu nakhoda itu habislah ikhtiar tuan sebab tuan bali sampan itu lagi pun istimal Dato`lah banyak2 kepada tuan dan lagi jika ada kasihan Dato` kepada Tuan ahwal sampan itu sahaja dapatlah dahulu sebab tuan tiada dalih sekali2 sampan lain melainkan datang tuan kemudian ke Pulau Pinang melainkan mana hukum Dato` tiadalah tuan salahi lagi jika salah jika benar pun tuanlah berjumpa sendiri dengan Dato` sebab sampan itu tiga sekalilah sudah tuan bawa ke Pulau Pinang itulah pinta tuan jia ada benar pada Dato` sahaja tuan pinta waktu ini kembali sampan itu izzat saadah bertambah2 ala al-dawam pergi surat pada hari Ahad pada dua haribulan Jamadil Awal tamat al-kalam
Dan lagi akan ahwal sunan tiada makan itulah Tuan mita bas barang empat ratus
No comments:
Post a Comment