Saturday, August 31, 2019

Surat cit Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 61) berkaitan hutang dan dagangan kain (20 Jamadil Akhir, Jumaat)

Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat James Scott kepada Tengku Muda Teluk Semawi (MS 40320/9, f. 60) berkaitan dagangan beras, pinang dan lada (19 Zulkaedah)

Surat tulus ikhlas daripada Mister Jim  Skat  sampai kepada sahabat beta Tenku  Muda Teluk Semawi yang akil bijaksana wa ba’d 

Surat Seri Perdana Menteri kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 59) berkaitan dagangan beras (12 Jamadil Akhir)

Al-Muwafiq

Surat kasih sayang daripada beta Paduka Seri Perdana Menteri yang memerintahkan negeri Perlis Indera Kayangan Darul Aman sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif bijaksana lagi beriman  lagi sangat mengisah  segala handai taulan daripada jalan berkasih kasihan serta perangai yang amat murah maka masyhur khabar gah kepujian pada segala negeri 

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 58) berkaitan penghantaran timah (1 Syaaban, Isnin)

Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berkeputusan daripada cunda Long Ismail datang kepada nenda To’ Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur wartanya gah kepujian pada segenap negeri sebelah timur dan barat lagi amat pandai pada memerintah laut dan darat 

Surat Dato Ibrang kepada Saudagar Raja (MS 40320/9, f. 57) berkaitan masalah hutang (4 Zulhijjah, Isnin)

Hamba Dato’ Ibrang  sembahkan cit pada ke bawah qadam Dato’ Saudagar Raja yang mulia lagi karim ‘izzat Allah Taala ‘ala al-dawam amin thumma amin 

Surat Paduka Maharaja Adinda kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 56) berkaitan perdagangan (Jumaat, 1 Safar)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas dan muafakat yang sudi  daripada beta Paduka Maharaja Adinda sampai kepada pihak sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada jalan berkasih kasihan pada segala handai dan taulan dan pandai memerintahkan segala pekerjaan dan setiawan lagi dermawan pada segala fakir miskin maka tergah masyhurlah pada sekalian negeri atas angin dan bawah angin maka barang ditetapkan Tuhan langit dan bumi perangai yang demikian itu selagi ada perkisaran cakerawala iaitu matahari dan bulan jangan berubah2 

Thursday, August 29, 2019

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 54) berkaitan pembelian lembu dan kapur (1 Ramadhan, Jumaat)

Qawluhu al-Haqqah

Surat tulus ikhlas daripada diperhamba Seri Maharaja Dewa sampai pada Tuan Gurnador Pulau Pinang 

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 53) berkaitan barang dagangan (Rabu, 9 Syawal)

Al-Mustahaqqah

Surat daripada Seri Maharaja Dewa kepada tuan Gurnador Kota Pulau Pinang yang telah masyhur akal bijaksana pada segala tempat kedengaran bahana 

Surat cit Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 52) berkaitan pembelian barang dagangan

Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Tuesday, August 27, 2019

Surat Laksamana kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 51) berkaitan penyerahan hamba yang lari (1 Muharam, Rabu)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 

Salinan Surat Francis Light kepada Sultan Kedah (MS 40320/9, f. 49) berkaitan bayaran kepadanya 10,000 rial

Ahwal akan surat Duli Yang Maha dibawa Dato’ Laksamana itu terjunjunglah di jemala patik 

Surat Seri Johan Pahlawan kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 48) berkaitan pengiriman timah (Isnin, 3 Rabiul Awal 1199, Tahun Alif, 17 Januari 1785)

Qawl al-Haqq

Alhamdulillah akmal al-kiram wa bi al-salam al-‘izam wa ‘ala alihi wa ashabihi Muhammad Sayyid al-ajmal wa bi’inayat Allah al-Akmal telah selesailah daripada memuji Allah Khalifat al-Rahman dan selawat akan rasul khair min al-karim maka di’afiatkan dalamnya afdhal al-salam wa bi al-du’a al-‘izam dari kepada Seri Johan Pahlawan yang di dalam Sungai Terang barang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta’ala apalah kiranya kepada hadrat sahabat kita Dato’ Gurunador itu yang Khalifah di dalam bandar Pulau Pinang

Surat Tengku Kumat kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 47) memohon untuk berhutang

Qawluhu al-Haqqah

Ta’zim berbanyak2 serta tabik daripada Tengku Kumat  barang disampaikan Allah apa kiranya kepada mamak saya Gurnador Raja Pulau Pinang yang beroleh pangkat dan darjat semata sekalian alam 

Surat Hakim Rijaluddin kepada Nakhoda Saifuddin (MS 40320/9, f. 46) memaklumkan kematian Saudagar Nasruddin (17 Jamadil Akhir)

Adinda Hakim Rijaluddin maklumkan cit kehadrat kekanda Nakhoda Saifuddin 

Surat Nakhoda Saifuddin kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 45) berkaitan serangan Siam ke Kedah (24 Zulkaedah, Ahad)

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Nakhoda Saifuddin merafakkan sembah kehadrat qadam Dato’ Gunador Pulau Pinang yang amat mulia serta tilik Rahim pada segala hamba Allah yang amat kesakitan 

Surat kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 44) berkaitan anak isterinya di Langat

Ada pun sahabat kita mehedaki  anak isteri kita itu benar kata sahabat kita tetapi sahabat kita bagaimana jikalau bini lain kita dan anak kita boleh kita suruh ambil boleh lihat sahabat kita ada percaya sahabat kita atau tiada syahadan jikalau isteri kita di Langat Tengku Besar belum boleh kerana tunggu Raja Ali belum datang tamat al-kalam

Surat Cit Nakhoda Perang kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 43) berkaitan penerimaan nibung

Hamba Tuan Nakhoda Perang merafatkan  sembah surat cit ke bawah harat  Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang di dalam peharaan  Tuan  sarwa alam sekalian 

Surat Raja Muda Kedah kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 42) berkaitan hamba perempuan yang berada di Pulau Pinang

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas serta kasih sayang yang tiada berkesudahan daripada beta Raja Muda datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada memerintahkan segala pekerjaan dan tolong menolong segala dagang senteri dan fakir miskin tiada memberi kesakitan maka tergah masyhurlah wartanya pada segala negeri atas angin dan bawah angin maka barang ditetapkan Tuhan langit dan bumi perangai yang demikian itu jangan berubah2 selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan 

Surat Seri Nara Lela kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 41) berkaitan penghantaran ayam, itik dan lembu ke Pulau Pinang

Qawl al-Fiqh

Adinda Belat  Langau  Seri Nara Lela maklumkan pada Dato’ Gunador Pulau Pinang yang ditolong Dewata mulia raja matahari dan bulan di atas nia  ini sampai pada Dato’ Gunador 

Surat Dato' Panglima Rahman kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 40) memohon untuk berhutang

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Panglima Rahman maklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia hamba Dato’ maklumkan ahwal 

Surat Wak Sembawa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 39) berkaitan pembunuhan oleh orang Bugis

Ya ‘Aziz al-Rahim

Hamba Dato’ Wak Sembawa sakai yang teramat hina maklumkan sembah pada ke bawah qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang teramat mulia 

Surat Cik Mat dan Ahmad Qassasi kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 38) berkaitan Syahbandar Adam

Hamba Datuk Cik Mat dan Ahmad Qasysyasyi bermaklumkan sembah ke bawah qadam Datuk Gurnador yang mulia 

Surat Syeikh Jangku kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 37) mengadu berkaitan dirinya dimalukan

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Syeikh Jangku  maklumkan sembah ke bawah hadrat Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia 

Thursday, August 22, 2019

Senarai bayaran (MS 40320/9, f. 36) 14 Jamadil Akhir, Khamis

Pada delapan belas hari bulan Hamadil  Akhir pada hari Hamis  buat bangsal sapi 


Surat Cit Nakhoda Parang kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 35) berkenaan nibung yang diambil

Hamba tuan Nakhoda Parang merafatkan  sembah serta surat cit ke bawah harat  Tuan Gurnador Raja Pula  Pinang yang dipihrantahan  sarwa alam sekalian wa ba’du 

Surat Dato' Irsali Nacar kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 34) mengadu masalah untuk membayar hutang

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Irsali  Nacar  maklumkan sembah ke bawah hadrat Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia hamba Dato’ maklumkan ahwal 

Senarai penduduk Teluk Arya Raja dan Batu Lancang (MS 40320/9, f. 33)

Nahoda  Suman  anaknya seorang perempuan Encik ‘Umar anaknya seorang laki laki
Cik Yatim anaknya seorang perempuan Cik Ngah bela  anaknya seorang laki laki
Po Mulabah  anaknya seorang laki laki Nahoda Cik Sah anaknya seorang perempuan
Cik Musa seorang laki laki Cik Salam anaknya seorang anak perempuan
Cik Amat anak seorang laki laki Cik Qahar seorang anak perempuan
Cik Jauhar anak seorang anak perempuan Cik ‘Ali dua orang anak satu laki laki dan satu perempuan
Cik Dolah seorang anak laki laki
Cik Lait seorang anak perempuan
Po Malim seorang anak perempuan
Jumlahnya orang Teluk Arya Raja empat orang anak 
20 jumlahnya jadi dua puluh orang
Orang Batu Lancang dengan Arya Raja

(MS 40320/9, f. 32) berkaitan hutang Saudagar Nasruddin 700 pikul lada

Maka adalah Kapitan Lait  mari nunjuk surat tapak tangan Saudagar Nasruddin pada patik hutang tujuh ratus pikul lada minta bayar selesaikan terima ambil tapak tangan itu

Wednesday, August 21, 2019

Surat Cit Datuk Nakhoda Bayan kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 31) berkaitan pembayaran opium

Cit hamba Datuk Nahoda  Bayan maklumkan ke bawah qadam Datuk Gurunador  Raja Pulau Pinang yang mulia 

Surat Cit Raja Muda Omaq, Raja Muda Palak, Laksamana dan Panglima Besar, Panglima Perang, Panglima Qadir dan Encik Majid kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 30)

Surat cit daripada Raja Muda Omaq dan Raja Muda Palak dan Laksamana dan Panglima Besyar  dan Panglima Perang dan Panglima Qadir dan Encik Majid ini pun bertanya Gurnador akan hal bicara belum ada hus  dengan kapitan Uskut  boleh dekat tiada jauh belayar mengambil dekat tamat pada hari Isnin

Surat Seri Johan Pahlawan kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 29) berkenaan izin berniaga

Allah wa ‘alam 

Surat tulus ikhlas berkekasihan2  muafakat yang tiada berkesudahan kiran  daripada saya Seri Johan Pahlawan sampai kepada sahabat saya Dato’ Gurnador yang di atas tahta  kerajan di dalam nenggeri  Pulau Pinang 

Surat kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 28) untuk bersahabat

Ada pun kita hendak bersama2 Gurnador dan sangkunya  sebab kasih dan percaya kepada kita maka kita pun demikian juga maka dalam itu haraplah kita selagi ada hayat Gurnador akan menolongi kita dan jika ada susah Gurnador kita pun serta juga

Surat Dato' Bayan kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 27) untuk meminta bantuan kesusahan hidup

Ya ‘Aziz Rahim

Hamba Dato’ Bayan sakai yang hina daripada sekalian hina merafakkan sembah pada ke bawah qadam tuan Gurunaduru  Raja Pulau Pinang yang teramat mulia yang menaruh kasihan di atas hamba Allah 

Surat Dato Long kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 26) berkaitan masalah berhutang

Ya Ghafur al-Rahim

Hamba Dato’ Long hamba yang sangat da’if miskin hina dina merafakkan sembah sujud ke bawah hadrat qadam Dato’ Gurnador yang amat mulia 

Surat Haji Abdul Rahim, Cik Sulaiman, Cik Marul kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 25) berkaitan pekerjaan menebas di Batu Maung dan memohon beras

Hamba Dato’ Tuan Haji ‘Abdul Rahim dan jurubahasya  dan Cik Sulaiman dan Cik Marul  maklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ Gurunadur Raja Pulau Pinang yang mulia 

Surat ikrar ambilan Panjang Mazah (MS 40320/9, f. 24)

Kepada tiga hari bulan Muharam ambilan Panjang Mazah  beras  dua belas gantang kepada tujuh hari bulan Muharam ambilan Panjang Mazah  beras delapan gantang inilah jumlahnya dua puluh gantang kepada tujuh hari bulan Safar ambilan dua rau  beras tengah enam gantang sebagai lagi ambilan dua rau  beras tengah sepuluh gantang inilah jumlahnya lima belas gantang kepada sepuluh hari bulan Rab al-Ahirah  ambilan Sama’an  dan Pak Piru  banhaniyar  kepada Nahoda  Cik Sah empat ratus dan harganya depan rial dan banha  pisang dua ratus harganya seringgit

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 23) berkaitan pemberian hadiah minyak sapi, 3 Zulkaedah 1208 Tahun2 Jim (2 Jun 1794)

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan kehadrat Dato’ tuan Gurnador Pulau Pinang yang beroleh pangkat kebesaran bertambah2 sentiasa adanya daripada Tuhan sarwa sekalian alam 

Surat Nakhoda Cik Sah kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 22) memohon bantuan kewangan

Hamba Dato’ Nahoda  Cik Sah maklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ yang mulia 

Saturday, August 17, 2019

Surat Cik Ali kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 21) untuk memohon bantuan berhutang

Hamba dato’ Cik ‘Ali yang sangat miskin lagi hina daripada sekalian yang hina merafakkan sembah ke bawah kaus  qadam Dato’ Gurnador yang amat mulia 

Senarai penghutang kepada Husna Lebai (MS 40320/9, f. 20)

Babat orang yang berhutang kepada Husna Lebai sebagai harga Husna Lebai yang dijual

Pertama kepada Lebai Apa  empat puluh rial rincik2 tiga puluh dua rial dua kupang

Dan kepada lebai Syeikh Madar  lima rial

Dan kepada bayar tengah dua rial

Tuan Sayed Abdolla Habib 

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 19) berkaitan pengambilan tiang, 21 Jamadil Awal

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan sarwa alam 

Surat akuan oleh Mirangkandu (MS 40320/9, f. 18) penerimaan barang dagangan ke Arab dan Siam, 9 Jamadil Akhir 1206, Tahun Alif (3 Februari 1792)

Sanah 126 tahun2 alif pada sembilan haribulan Jamadil Akhir senda Mirangkandu terima dagangan ke Arab dan ke Siam jumlah dua ribu lima ratus empat belas rial tiga puluh tujuh duit wa katibuhu senda Mirangkandu tamat

Senarai barang (MS 40320/9, f. 17)

Sebagai pending suatu sebagai kain tempik  pinang muda sehelai
Sebagai kain cukur manis sehelai sebagai kain palang gusi sehelai
Sebagai kain cit surati sehelai sebagai kain pededang kuning dua helai
Sebagai palit  genting  suatu sebagai cerana semerba  suatu
Sebagai talam suatu sebagai tapak gajah suatu
Sebagai pingan  sabun  suatu sebagai kerabu emas tiga biji
Sebagai belanja empat puluh rial

Surat Dato' Angi kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 16) untuk meminta bantuan berhutang

Hamba Dato’ Angi  hamba yang hina maklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia wa ba’du 

Surat Cik Amat kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 15) untuk meminta bantuan hutang

Alhamdulillah

Hamba Dato’ Cik Amat yang amat hina dina merafakkan sembah ke bawah kuasa  qadam Dato’ Gurnador yang amat mulia 

Surat Sheikh Muhammad Wangsa (MS 40320/9, f. 14) berkaitan ambilan dagangan daripada Kapten Scott

Ini peringatan Syeikh Muhammad Wangsa 

Nakhoda Rostam ambil besi pada Kapitan Uskhkat  banyaknya tiga ratus empat pikul sembilan puluh lima kati tiga suku 

Surat Nakhoda Amin kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 13) berkaitan perniagaan beras, 30 Rabiul Awal, Ahad

Ya ‘Aziz

Ini surat daripada Nakhoda Amin yang empunya tabik banyak2 serta hormat mulia kepada sahabat sahaya To’ Gunador yang amat masyhur memerintah dalam bandar Pulau Pinang dan barang ditambah Allah kiranya kebesaran dan kekayaan wa ba’dah 

Surat Dato' Sheikh anak Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 12) untuk memohon pekerjaan

hamba Dato’ Syeikh anak Seri Maharaja Dewa beri maklumkan sembah pada ke bawah qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang arif bijaksana memerintahkan segala hamba Allah yang kesakitan 

Surat Dato' Tengku Alang kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 10) berkaitan hamba dari Patani dan hutang

Bahawa Dato’ Tenku  Alang maklumkan cit kehadrat kadam Dato’ Gurunador Raja Pulau Pinang yang teramat mulia 

Surat Dato Cina Kam kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 9) berkaitan hal pajak judi

hamba Dato’ Cina Kam maklumkan sembah pada ke bawah kuasa  Dato’ Gurnador Raja di Pulau Pinang 

Surat Dato' Nur Muhammad kepada Hakim Bandar Pulau Pinang (MS 40320/9, f. 8) berkaitan berkaitan benih lada, Sabtu 5 Zulkaedah

hamba Dato’ Nur Muhammad maklumkan sembah cit kehadrat qadam Dato’ Hakim Bandar yang mulia 

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 2) berkaitan hukuman terhadap kes bawa lari orang berhutang, 27 Syawal

Al-Mustahaqqah

surat tulus ikhlas daripada laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan sarwa alam sekalian 

Surat Dato' Ali kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 1) berkaitan kesilapan menjatuhkan hukuman terhadapnya oleh Mata-mata Bongsu

Hamba Dato’ Ali yang amat miskin lagi hina dina merafakkan sembah sujud ke bawah tapak cerpu Dato’ Gurnador yang amat mulia 

Friday, August 16, 2019

WARKAH SULTAN IBRAHIM 1785-1794: CERMINAN POLITIK DAN EKONOMI SELANGOR PADA HUJUNG ABAD KE-18

WARKAH SULTAN IBRAHIM 1785-1794: CERMINAN POLITIK DAN EKONOMI SELANGOR PADA HUJUNG ABAD KE-18

Abd ur-Rahman Mohamed Amin (2019). Warkah Sultan Ibrahim 1785-1794: Cerminan Politik dan Ekonomi Selangor Pada Hujung Abad ke-18, Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 181-205.


Abstrak:
Artikel ini menganalisis kandungan 47 pucuk warkah yang dikirimkan oleh Sultan Selangor, iaitu Sultan Ibrahim sekitar penghujung abad ke-18 yang tersimpan dalam koleksi “Surat-surat Francis Light” (the Light Letters) dengan nombor rujukan MS 40320. Kesemua warkah ini merupakan manuskrip bertulisan jawi yang tersimpan di bahagian Arkib Perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of London. Warkah Sultan Ibrahim ini telah dikumpulkan daripada koleksi “Suratsurat Francis Light” dan diatur semula susunannya mengikut tarikh yang tercatat pada warkah. Warkah ini sebahagian besarnya memaparkan hubungan antara Sultan Selangor, iaitu Sultan Ibrahim dengan Francis Light. Penganalisisan warkah termasuklah cap mohor, isi kandungan dan penutup warkah. Kandungan warkah menyentuh aspek politik, ekonomi, persenjataan dan urusan menunaikan fardu haji. Warkah ini merupakan rujukan bertulis yang penting bagi sejarah negeri Selangor kerana kandungannya yang memaparkan suasana politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di Selangor pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim berdasarkan sumber daripada baginda sendiri.

Abstract:
This paper analyzes the content of 47 letters sent by the Sultan of Selangor, Sultan Ibrahim, at the end of the 18th century, which form a part of ‘The Light Letters’ collection, with the reference number MS 40320. These jawi-written manuscripts are preserved in the Archive and Special Collections of the School of Oriental and African Studies Library at the University of London. The letters from Sultan Ibrahim were retrieved from the collection of “The Light Letters” and reorganized according to the dates listed in these letters, beginning from 1785. These letters largely display the relationship between Sultan Ibrahim and Francis Light. The analysis included the seals of the sultan, content and closing statements. The content of the letters covers politics, the economy, weaponry and the hajj pilgrimage. In summary, these letters are important as a primary reference for studying the history of Selangor at the end of 18th century because of their content that shows the political and economic situations in Selangor, based on the writings by the sultan himself 

Thursday, August 8, 2019

Keep looking for old manuscripts by Zaharah Othman

By Zaharah Othman
August 4, 2019 @ 8:41am

www.nst.com


THE very thought of setting my eyes on old manuscripts, papers and correspondence filled me with such great excitement, not unlike a child’s first visit to the library. It was the thought of being transported back in time, of getting glimpses of the past that thrilled me to no end.

So it was with excitement and anticipation that I found myself in Durham, a three-hour train ride from London to a city which had earned its place in the Unesco World Heritage list; what with its famous cathedral and a 900-year-old castle and many, many more — a real treasure trove for history buffs.

Adjacent to the cathedral is the 17th century Palace Green Library, which according to history had been Durham University’s main library for 150 years before focusing on archival and special collections in the 1980s, drawing visitors and researchers to explore both the university’s treasures and collections from around the world.

It was here that I first set eyes on the Malcolm MacDonald papers and manuscripts. MacDonald was the diplomat son of Britain’s Labour prime minister, who was the last governor-general of Malaya in the 1940s as well as one of the founders of the University of Malaya and in fact its first chancellor.

Thus his collection of journals, papers and manuscripts, mostly relating to the aborted Malayan Union proposal, which is now housed at the library, is of much interest to Malaysia and is now being digitised in a collaboration between the university, Universiti Sultan Zainal Abidin and the National Archives of Malaysia.