Saturday, August 17, 2019

Surat Dato' Nur Muhammad kepada Hakim Bandar Pulau Pinang (MS 40320/9, f. 8) berkaitan berkaitan benih lada, Sabtu 5 Zulkaedah

hamba Dato’ Nur Muhammad maklumkan sembah cit kehadrat qadam Dato’ Hakim Bandar yang mulia 


ahwal maka adalah qadam Dato’ suruh cahari benih lada itu maka habislah kuasa hamba cahari hingga dua ribu tengah tiga ratus sahaja yang bolehnya daripada sia  hamba Dato’ menengar Sayid  Dato’ itu tiadalah hamba Dato’ pandang kiri kanan siang malam hanya ini juga kerja hamba Dato’ maka sekarang benih lada itu hamba Dato’ muat sebuah perahu serta teman hamba Dato’ bernama Ismail beri pergi itulah pinta hadrat qadam Dato’ terima pinta serahkan harganya pada budak hamba Dato’ itu harablah  hamba Dato’ akan penolong disuruh balik segera budak itu kerana rumah tiada siapa lagi hamba Dato’ suruh cahari benih lada itu insya Allah jika sampai benih itu hamba Dato’ bawa mari jika lebih2 sedikit pun rial itu diberi mari bolehlah hamba Dato’ kirakan harablah  hamba Dato’ akan rahim qadam yang mulia beri balik budak itu dengan tiada sesuatu gendalanya ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan perbuat surat pada lima hari bulan Zulkaedah hari Sabtu tamat

No comments:

Post a Comment