Saturday, August 17, 2019

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 2) berkaitan hukuman terhadap kes bawa lari orang berhutang, 27 Syawal

Al-Mustahaqqah

surat tulus ikhlas daripada laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan sarwa alam sekalian 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta adalah hutang Seri Maharaja Dewa pada sahabat beta maka Uskut  beri surat mari pinta beta tunggu maka beta tunggu ambil serahkan dahulu sembilan ratus rial pada malam Isnin dan diserahkan pada Syahbandar ini tiga ratus rial inilah dinyatakan maka akan perintah orang Bugis nama Cik Momok  bawa lari orang hutang Yang Dipertuan dan orang hutang pada beta dan Bugis itu pun berhutang lima puluh rial pada beta maka beta pes  pada Syahbandar suruh tangkab  dengan penolong sahabat betalah pinta ambil budak2 itu perempuan besar tiga perempuan kecik seorang dan laki2 kecik seorang semuanya lima orang dan orang Bugis itu pinta sahabat beta ambil taruh hukum serta dikeluarkan harta beta padanya ikut adat hukum pencuri pelari orang sahabat beta hukumkan jangan boleh teladan orang lain lagi inilah beta menyatakan surat ini pada tujuh likur hari bulan Syawal tamat 

No comments:

Post a Comment