Ya ‘Aziz
Hamba Dato’ Irsali Nacar maklumkan sembah ke bawah hadrat Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia hamba Dato’ maklumkan ahwal
maka adalah anak hamba Dato’ nama Ismail Lebai dan adiknya nama Bapu kedua beradiknya itu dimakinya hendak pukulnya hamba Dato’ kerana hamba Dato’ langang jangan makan madad dengan babab itulah hendak diterajang hamba Dato’ dimakinya lebih daripada jalang di pekan lagi hamba Dato’ ini hina sakitlah2 tiada dipandang mengatakan ibu dahulu sekali sudah dilarang lagi hamba Dato’ Lebai Kiyang kerana dilarang itu ditikamnya lagi hamba Dato’ oleh Ismail Lebai di dalam ini orang tunggu hutang kepadanya banyak di mana hamba Dato’ hendak ambil bayar lagi hamba Dato’ pun orang miskin apalah upaya hendak bayar hutang itulah hamba Dato’ mari adu teriakkan minta Dato’ hukum beri karana tiada adatkannya pada hamba Dato’ ahwal itulah hamba Dato maklumkan tamat
No comments:
Post a Comment