Tuesday, August 27, 2019

Surat Cik Mat dan Ahmad Qassasi kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 38) berkaitan Syahbandar Adam

Hamba Datuk Cik Mat dan Ahmad Qasysyasyi bermaklumkan sembah ke bawah qadam Datuk Gurnador yang mulia 


ahwal adalah hamba Datuk yang dua bersaudara ini memohon periksa ke bawah qadam Datuk akan seperti orang yang Datuk pintak kepada Syahbandar Adam di Batu Bahara itu atau dijualnya atau tidak dijualnya ada pun orang itu sepesaka  hamba Datuk dengan Syahbandar Adam ada pun orang yang Datuk pintak itu belum tentu dibahagi kerana dilarikan sahaja oleh Syahbandar Adam dari Selangor sekalian orang besar2 dalam Selangor tahu Datuk Penggawa pun tahu fasal orang itu jika Datuk berkehendak akan orang itu hamba Datuk pun boleh persembahkan kepada Datuk biarlah hamba Datuk kendiri pergi ke Batu Bahara mengambil orang itu tetapi Datuk pegang Syahbandar Adam itu di sini jangan dilepas ke Batu Bahara jika ada ia dalam Batu Bahara tiadalah cakap hamba Datuk mengambilnya orang itu kerana dianya orang banyak lagi banyaklah bicaranya jika ia tiada dalam Batu Bahara tiadalah siapa boleh malarang hamba Datuk ada pun yang dilarikan oleh Syahbandar Adam ada lebih kurang tiga puluh melainkan Datuk periksalah kepada Datuk Penggawa sebagai seperti opiun  yang diambilnya kepada Datuk sepeti itu pun hampirlah dibayarkannya hutang dalam Pulau Pinang itu kerana hutangnya banyak sebolehnya2 hamba Datuk mengadu kepada Datuk bicara ini tamat

No comments:

Post a Comment