Al-Mustahaqq
Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berkeputusan daripada cunda Long Ismail datang kepada nenda To’ Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur wartanya gah kepujian pada segenap negeri sebelah timur dan barat lagi amat pandai pada memerintah laut dan darat
ahwal kemudian daripada itu maka itulah orang tuha cunda Wan Long gendala cunda suruh bawa pergi hantar timah akan nenda banyak lebih kurang sedikit tujuh bahara pinta nenda suruh terima ambil kerana kerana cunda hendak pergi sendiri berjumpa nenda pun tiadalah boleh lagi sebab di dalam susah tambahan pula banyak sangat acam fitnah sama sendiri ini nenda pun telah ketahuilah perintah cunda apa di Kedah ini segala perkaranya maka ada beras lembut tengah dua ratus gantang cunda beri pergi akan nenda pada Wan Long gendala itu pinta nenda suruh terima ambil ahwal inilah cunda menyatakan perbuat surat sehari bulan Sya’ban hari Isnin tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment