Alhamdulillah
Hamba Dato’ Cik Amat yang amat hina dina merafakkan sembah ke bawah kuasa qadam Dato’ Gurnador yang amat mulia
akhwal hamba Dato’ maklumkan ke bawah kuasa qadam yang mulia akan hamba Dato’ ini anak beranak niat hendak berhambakan diri ke bawah kuasa qadam Dato’ Yang Mulia hamba Dato’ pohonkan berhutang barang delapan puluh rial kerana hendak bayarkan utang lagi pun sangatlah kesakitan hamba Dato’ ini hendak buat belanja makan akan hamba Dato’ ini enam beranak sekaliannya mana yang disuruh qadam Yang mulia duduk hamba Dato’ duduk akan anak beli hamba Dato’ sekaliannya hamba Dato’ bawa mengadap qadam Dato’ tiadalah dua tiga harap hamba Dato lagi akan diampuni seperti sembah hamba Dato’ ini ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan ‘izzah sa’adah ‘ala al-dawam
No comments:
Post a Comment