Saturday, August 17, 2019

Surat Dato' Sheikh anak Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 12) untuk memohon pekerjaan

hamba Dato’ Syeikh anak Seri Maharaja Dewa beri maklumkan sembah pada ke bawah qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang arif bijaksana memerintahkan segala hamba Allah yang kesakitan 


ahwal adalah hamba Dato’ ini mari dari Kedah daripada sangatlah kesakitan hamba Dato’ ini kerana orang tua hamba Dato’ pun sudah tiada dahulu Allah wa ba’d rasulnya sekarang ini hanya qadam Dato’lah yang tempat hamba Dato’ boleh bergantung jika ibu bapa pun pengulu  pun Dato’lah jika ada belas kesian  serta rahim qadam Dato’ melainkan hamba Dato’ pohonkan qadam Dato’ berilah suatu pekerjaan yang akan boleh kebajikan atas hamba Dato’ yang daif ini maka sangatlah harab  hamba Dato’ maka tiadalah hamba Dato’ tersurat lagi hal hamba Dato’ pada kertas ini lebih maklum qadam Dato’ pada sekalian perkaranya ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan tamat

No comments:

Post a Comment