Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas serta kasih sayang yang tiada berkesudahan daripada beta Raja Muda datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada memerintahkan segala pekerjaan dan tolong menolong segala dagang senteri dan fakir miskin tiada memberi kesakitan maka tergah masyhurlah wartanya pada segala negeri atas angin dan bawah angin maka barang ditetapkan Tuhan langit dan bumi perangai yang demikian itu jangan berubah2 selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan
kemudian dari itu maka adalah budak beta perempuan nama Suri dibawa Cik ‘Ali anak Haji ‘Abdul Rasyid khabarnya ada Pulau Pinang konon jika ada pinta dengan penolong sahabat betalah diambil budak beta Suri itu serah beri mari kepada Raja Ahmad yang membawa surat beta ini itulah beta nyatakan tamat
No comments:
Post a Comment