Qawl al-Haqq
Alhamdulillah akmal al-kiram wa bi al-salam al-‘izam wa ‘ala alihi wa ashabihi Muhammad Sayyid al-ajmal wa bi’inayat Allah al-Akmal telah selesailah daripada memuji Allah Khalifat al-Rahman dan selawat akan rasul khair min al-karim maka di’afiatkan dalamnya afdhal al-salam wa bi al-du’a al-‘izam dari kepada Seri Johan Pahlawan yang di dalam Sungai Terang barang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta’ala apalah kiranya kepada hadrat sahabat kita Dato’ Gurunador itu yang Khalifah di dalam bandar Pulau Pinang
kerana kita menyuruhkan Encik Subuh itu membawa timah ada sebuah sampan kepada sahabat kita minta tolong rial kerana kita orang miskin lan itulah kita hendak cuba bersahabat dengan To’ Gurunador itu tiada apa hamba kirimkan melainkan adalah timah dua buku kecil tanda putih hati kepada sahabat kita tanda tulus dan ikhlas hanyalah doa pergi surat kepada tiga hari bulan Rab al-‘awal kepada hari Isnin kepada tahun Alif sanah 1199 tamat al-kalam bi al-khairi tamat
No comments:
Post a Comment