Saturday, August 31, 2019

Surat cit Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 61) berkaitan hutang dan dagangan kain (20 Jamadil Akhir, Jumaat)

Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 


ahwal akan rial hutang Nakhoda Faqir Sab seratus tujuh puluh rial itu dibawa Bapu pinta Tuan Gurnador terima ambil maka akan daftar harga kain Bugis itu pinta Tuan Gurnador ambil kepada Komandor itu beri mari kerana pada masa Komandor serah kain itu tinggal daftar pada Komandor tiada dipulang pada perhamba jika tiada daftar itu pada Komandor pun pinta tuan Gurnador suruh salin daftar itu beri mari perhamba hendak jual kain itu ahwal inilah perhamba nyatakan perbuat surat dua puluh hari bulan Jamadil Akhir hari Jumaat tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment